TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 29 Mac 2011

Les’ Copaque cadang bangunkan taman tema RM200 juta

Oleh Mohd Husni Mohd Noor, mhusni@hmetro.com.my

SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal menerusi siri kartun Upin & Ipin bercadang membangunkan taman tema berkonsepkan siri animasi itu membabitkan kos kira-kira RM200 juta di Perak.


Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata, ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema yang mampu menjadi mercu tanda baru negeri Perak, sekali gus melonjakkan bidang pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya kini masih dalam perbincangan bagi memastikan lokasi yang dipilih kelak mampu menjana industri pelancongan di negeri berkenaan.

“Sebelum ini, kami turut menerima cadangan daripada syarikat berpangkalan di Indonesia bagi membangunkan taman tema Upin & Ipin di republik berkenaan.

“Bagaimanapun, kami terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini sekali gus menjadikannya ikon kepada pelancong luar negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Dr Ahmad Kamil Mahmood.

Source: Harian Metro Malaysia Online

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj Idris

cadangan yg baik
bangga dgn negeri kelahiran

Wassalam

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

Terima kasih atas ulasan Tuan Haji itu.

Sama-samalah kita berdoa agar cadangan tersebut berjaya dilaksanakan dan membawa kebaikan kepada ummah dan negara.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran