Sumber: Utusan Malaysia Online
PUTRAJAYA 8 Julai - Fatwa mengenai penyelewengan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh syarikat latihan modal insan, ESQ Leadership Training (ESQ) hanya terhad di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Itu hak masing-masing di negeri-negeri, itu terpulang. Fatwa tersebut hanya melibatkan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas keputusan Wilayah Persekutuan mewartakan fatwa bahawa ESQ yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian didapati mengandungi ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang diwartakan di bawah Seksyen 34(1), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 itu menyebut sekurang-kurangnya 10 ciri dalam ajaran, pegangan dan fahaman dibawa oleh syarikat tersebut boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.
Fatwa tersebut telah disiarkan dalam laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan selain menjadi bahan perbincangan panas dalam jaringan interaksi sosial di Internet sejak bulan lalu.
Difahamkan setakat ini seramai lapan orang mufti turut menghadiri latihan yang dianjurkan oleh ESQ dan setakat September tahun lalu, terdapat lebih 47,000 alumni syarikat itu di negara ini.
Sementara itu, dalam warta berkenaan, Wan Zahidi berkata, ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah mendukung fahaman liberal iaitu memahami dan mentafsirkan nas-nas agama iaitu al-Quran dan sunah secara bebas dan fahaman pluralisme agama iaitu fahaman yang mengajar semua agama adalah sama dan benar.
Sementara itu, ESQ masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan latihan yang dijalankan syarikat itu di negara ini.
''Kami ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan," kata kenyataan itu yang disiarkan pada laman web rasmi syarikat itu, esq.com.my sejak semalam.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive
Salinan fatwa boleh dilihat di:-
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
إدريس تالو Idris Talu Buah rokam - flacourtia inermis yang masih muda . Rokam - flacourtia inermis Nama Saintifikn...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Tarikh siar -2010/12/24 PROFESOR dalam bahasa Latin bermaksud seseorang yang menguasai sesuatu ilmu sama ad...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
2 ulasan:
Assalamualaikum Idris Talu
dekat surau saya ada ditapal posta ESQ, dan sekarang kami tampal pula salinan fatwa Mufti Wialayah, untuk tidakan ahli kariah
Wassalam
Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,
En. Rozali - sesuai tindakan tampal salinan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan itu. Kita hormati pendapat Mufti kerana beliau bertanggungjawab menjaga aqidah umat Islam di dalam wilayahnya.
Dalam Islam mana ada "kasta", kalau orang biasa macam kita ini "disekat" secara indirect (melalui bayaran yang "melayut") kalau nak ikuti kursus - adakah perkara seperti ini dilakukan di zaman Rasulullah S.A.W dahulu? Atau memang ada "taugeh di sebalik mee" sebab itu kumpulan sasaran mereka jelas kelihatan.
Wassalam.
Catat Ulasan