Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Betty Subaryati dan Nik Khazami Nik Aziz , bhkb@bharian.com.my
Tarikh : 2010/07/22
KOTA BHARU: Pasar Siti Khatijah yang tersohor di bandar ini, mungkin mendapat gelaran baru berikutan kehadiran lebih 100 ibu tunggal yang turut berniaga di situ bagi menyara kehidupan diri dan keluarga masing-masing.
Di sebalik senyuman manis sambil ramah menjemput pengunjung memasuki premis niaga yang dikendalikan, hakikatnya kehidupan ibu tunggal terbabit berdepan kesulitan kerana hasil niaga yang tidak seberapa. Kekangan modal pusingan untuk perniagaan menyaksikan kebanyakan ibu tunggal itu hanya mampu berniaga kain pasang, batik, telekung dan selimut pada jumlah terhad dan meraih pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
Walaupun dihimpit kemiskinan, sehingga kini nasib ibu tunggal itu masih belum dibela oleh mana-mana pihak, melainkan sedikit aspek kebajikan yang dinikmati sebagai ahli Koperasi Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Bhd (COCITY) termasuk dividen sebagai pemegang saham koperasi itu.
Setiausaha COCITY, Abdul Samad Hussain, berkata walaupun pihaknya tidak pernah membuat bancian secara rasmi berhubung jumlah sebenar janda yang menjalankan perniagaan di pasar itu, berdasarkan maklumat awal lebih 100 peniaga wanita daripada 420 peniaga di situ terdiri ibu tunggal, sama ada akibat kematian suami atau bercerai hidup.
“Kebanyakan ibu tunggal yang berniaga di sini masih hidup susah kerana terpaksa menempuh kehidupan seorang diri bagi membesarkan anak-anak sekurang-kurangnya antara dua hingga empat orang.
“Setiap peniaga pasar ini secara langsung menjadi ahli COCITY dengan modal saham RM1,000 seorang yang melayakkan mereka mereka menerima pelbagai keistimewaan yang disediakan koperasi,” katanya.
Peniaga, Sharifah Awani Awang Loh, 57, berkata kehidupannya sebagai ibu tunggal bermula sejak 20 tahun lalu apabila suaminya meninggal dunia akibat sakit tua pada 1990 dengan meninggalkan empat anak yang kini berusia antara 20 hingga 32 tahun.
“Saya terpaksa mengharungi kehidupan sukar untuk menyara empat anak yang memerlukan perbelanjaan besar terutama untuk kos persekolahan,” katanya.
Beliau berkata, perolehannya sebagai peniaga kain pasang dan pakaian siap di pasar itu sejak lebih 18 tahun lalu hanya kira-kira RM1,200 sebulan yang digunakan untuk menyara kehidupan harian, termasuk tambang berulang alik dari rumah di Pasir Mas ke Kota Bharu, setiap hari.
Nasib sama ditempuhi janda muda, Siti Rafeah Hussain, 33, yang kematian suami, Mohd Hasrun Zakaria, 31, pada 25 November tahun lalu akibat serangan jantung.
“Sejak kematian suami, saya yang sebelum ini suri rumah sepenuh masa terpaksa menggantikan tempat beliau menjalankan perniagaan menjual kain batik semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara tiga anak berusia tiga, empat dan lapan tahun,” katanya yang meraih pendapatan kira-kira RM500 hingga RM600 sebulan.
Nasib sama dilalui Tuan Noriah Tuan Ismail, 63, yang menyifatkan nasibnya amat malang kerana bukan saja kematian suami sejak 1992, malah terpaksa berdepan kesukaran apabila seorang daripada dua anaknya orang kelainan upaya (OKU).
“Mak cik memang hidup susah kerana sebelum ini arwah suami, Hanapi Merah, adalah pengasas Cocity yang mempunyai penghasilan lumayan menerusi perniagaannya.
“Namun selepas dia meninggal dunia, beban mencari sumber pendapatan terpaksa ditanggung saya seorang terutama untuk menjaga seorang anak OKU, manakala yang sulung hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan,” katanya yang memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Ibutunggalgigihcarirezeki/Article
Khamis, 22 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajuk Kegemaran
-
Oleh Rohaniza Idris, roha@bharian.com.my Tarikh: 2011/04/17 Model ceria pada harga serendah RM1,800 paling popular di D'reebu Sdn Bhd...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Tuan Haji Kamal Zaman Usahawan Teluk Senangin yang gigih Tuan Haji Kamal Zaman melay...
-
ARKIB : 24/05/2010 Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN, nazrul.sharuddin@utusan.com.my Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED JIKA digoreng garing dan dicamp...
-
Idris Talu Peta lokasi Terminal Aman Jaya di Meru Raya, Ipoh. http://idristalu.blogspot.com/
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - ...
-
By Idris Talu Malaysia telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan, yang membawa masuk sumber pendapatan negara...
-
JOHOR BAHRU 1 Julai - Orang ramai yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh membuat permohonan tapak perniagaan di Yayasan Bandaraya Jo...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Ismail Talu Apabila kita bergerak menghala ke Selatan, baik hanya untuk ke Tanjung Malim, ata...
-
إدريس تالو Idris Talu Kepada peminat atau penggemar sukan laut atau aktiviti riadah yang berkaitan dengan laut, pantai-pant...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan