TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 7 Julai 2010

Ribu - Ribu

By Idris Ismail Talu

Ribu-Ribu sejenis tumbuhan herba, yang nama saintifiknya ialah Selaginella willdenovii. Dikatakan ianya boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti kurap dan gatal-gatal kulit.



2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Salam

Ribu-ribu @ reribu.

Jaman kawan muda-muda dulu, zaman belia, kalau nak menghias gerai ke, pintu gerbang ke semasa mengadakan perayaan hari belia, sambutan hari, minggu dan bulan bahasa atau apa saja, reribu ini akan menjadi salah satu alat yang kena cari untuk buat hiasan dan disulan pula dengan kertas bunga yang berwarna warni. Amboi! cantik gak tengok dari jauh, he he he...

Idris Talu berkata...

Ya betul tu Tuan Haji Hashim,

Di tempat kawan pun buat lagu tu jugak. Pentas majlis Maulud Nabi, pentas majlis apa pun, penutup tiang pentas tu, biasanya ialah pokok ribu-ribu inilah.

Memang cantik Tuan Haji, daunnya seumpama ukiran sejati. Kawan kurang pasti ada ke tidak corak batik dari daun reribu ini.

Dekat Lubuk Merbau, Kuala Kangsar ada satu kampung namanya Ribu - tak mainlah ratus-ratus, dia main ribu-ribu saja.

Wassalam.

Idris Talu.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran