TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 21 Julai 2010

Mengerat silaturahim

Sumber: Utusan Malaysia Online

Oleh RAHIMAH MOHAMED, utusanjohor@utusan.com.my


PONTIAN 21 Julai – Seramai 100 orang termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi dari kelab-kelab bermotor telah mengikuti Program Makan Nasi Ambang di Parit Rambai, Pontian, baru-baru ini.

Sejak awal pagi lagi sebanyak 32 buah motosikal berkumpul di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Machap untuk bergabung dengan pasukan bermotor Kelab Kapten Bikers dari Singapura.

Pasukan bermotor yang terbabit adalah kelab Ninja 250 Malaysia, Muar Bikerz dan Medan Bikerz.

Pertemuan tersebut membawa kesemua mereka ke lokasi pertama iaitu Parit Rambai.

Program ini anjuran bersama Southern Kawa Bikerz, Puteri UMNO Bahagian Pontian serta Biro Penerangan UMNO cawangan Tanjung Piai.

Pengerusi Kelab Kesihatan (Say Heart Club), Siti Annisak Mohd. Khanan, 31, berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan penduduk dengan ahli kelab melalui usaha dan inisiatif terbabit.

“Selain itu, ia juga diharap dapat menjauhkan anak-anak muda daripada aktiviti atau gejala yang tidak sihat di kalangan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dalam program itu semua penunggang diiringi skuad bermotosikal mengelilingi kawasan sekitar Parit Rambai sebelum disambut dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang Parit Rambai.

Turut diadakan acara seperti pertunjukan pencak silat oleh anak-anak penduduk Parit Rambai, tarian poco-poco dari Kelab Kecergasan Parit Rambai dan zapin oleh kanak-kanak Tabika Parit Rambai.

Paling ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta yang mengikuti program ini ialah jamuan makan nasi ambang secara tradisional.

Nasi ambang tersebut dimakan secara beramai-ramai didalam dulang bagi mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.

Lokasi mereka yang terakhir adalah ke penghujung selatan tanah benua Asia yang terletak di Tanjung Piai di sini.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran