
Tarikh: 2010/07/06
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menghentikan serta-merta buat sementara waktu pengeluaran Dokumen Perjalanan Kumpulan (1M.101) untuk melawat Indonesia.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen, Mohd Sharir Mohd Sani, berkata Oleh itu, orang ramai yang ingin melawat republik secara berkumpulan kini perlu menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
"Pelawat dinasihatkan menggunakan PMA ke Republik Indonesia bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi hari ini. Dokumen Perjalanan Kumpulan (1M.101) menggantikan pasport adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (antara lima hingga 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina.
Tempoh sah laku dokumen ini adalah sembilan bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja dengan bayaran RM200 dikenakan bagi satu dokumen. – Bernama
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DokumenperjalanankumpulankeIndonesiadihentikanserta-merta/Article/index_html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan