Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, wananwar@bharian.com.my
Tarikh: 2010/07/02
KUALA LUMPUR: Seramai 1.9 juta atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu adalah orang Melayu.
Mengikut statistik SPR, bukan Melayu yang belum mendaftar adalah 1.7 juta dengan pecahan 1.3 juta atau 30.6 peratus daripada kaum Cina, diikuti India seramai 400,997 orang atau 9.3 peratus. Baki yang belum mendaftar adalah Bumiputera Sabah (249,891 atau 5.79 peratus), Bumiputera Sarawak (283,380 atau 6.1 peratus), Orang Asli (31,848 atau 0.74 peratus) dan lain-lain kaum (152,030 atau 3.53 peratus).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang mendedahkan statistik itu berkata, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir.
“Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar.
Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi,” katanya kepada Berita Harian , semalam.
Abdul Aziz juga berkata, sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pengundi yang berdaftar adalah 11.2 juta dengan 569,137 daripadanya pengundi baru.
Daripada jumlah pengundi baru itu, 131,047 atau 23.03 peratus adalah kaum Cina, manakala kaum India 27,823 orang atau 4.89 peratus. Jumlah pengundi Melayu pula 355,805 atau 62.52 peratus, manakala Bumiputera Sabah 20,871 (3.6 peratus), Bumiputera Sarawak 27,104 (4.7 peratus), Orang Asli 2,378 dan lain-lain kaum 4,109.
Selasa lalu, SPR mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif melaksanakan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.
Dalam pakatan pembangkang, DAP lebih aktif mendaftar pengundi baru terutama di bandar, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menumpukan semua kaum, manakala PAS mensasarkan belia Melayu.
Sehari sebelum ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendedahkan kajian mereka menunjukkan nisbah orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah 1:40.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_9jutaMelayulayakmengundibelummendaftar/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Kenangan wuquf di Arafah dalam tahun 2007. Kami sampai agak awal ke Arafah, penduduk tempatan Makkah baru tiba, belum pun mendirikan khemah...
-
Kepada para peminat dan penggemar raja segala buah - durian, pesta durian PLUS Highway tahun ini telah bermula (mulai jam 3.00~7.00 petang t...
-
KERINDUAN pada masa lalu merebak di kalangan kulit putih Orania di Afrika Selatan yang melaksanakan dasar Apartheid terhadap warga kulit hit...
-
Source: BERNAMA . TEHRAN, June 21 (Bernama) -- Iranian President Mahmoud Ahmadinejad called for the Islamic world publishers to produce Isla...
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
Keroncong Dewi Murni nyanyian Mus Mulyadi. Penyanyi Mus Mulyadi dengan kawalan vokal yang cukup mantap tetapi bersahaja, menyampaikan lagu k...
-
By Idris Ismail Talu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tahun 2010 sudah bermula. Himpunan buku-buku antarabangsa dikumpulkan di Put...
-
By Idris Ismail Talu Bersiar bersama anak-anak serta cucu di MARDI Cameron Highlands. Peta ini tidak diberikan, penulis rakamkan dengan kam...
-
Sumber: Berita Harian Malaysia Online . Tarikh siar: 2010/09/28 NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Bursa Saham New Y...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan