Pekan Sari (Sehari) di kampung Changkat Jering merupakan suatu inisiatif masyarakat Melayu di kampung tersebut untuk turut aktif dalam dunia perniagaan. Walau pun ianya berasal dari pekan sari di Changkat Jering, namun telah ramai pula dari mereka yang memulakan perniagaan di sini telah mengembangkan perniagaan mereka ke pekan-pekan sari di tempat lain pula.
Pekan-pekan sari di dalam negeri Perak Darul Ridzuan ini, seperti juga di negeri-negeri lain dijalankan pada hari-hari yang berbeza. Ada pekan sari yang dijalankan pada hari Ahad, ada pula mengadakannya pada hari Isnin, Selasa dan seterusnya.
Oleh itu, para peniaga pekan sari boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka sebenarnya boleh berniaga sepanjang minggu atau sepanjang pekan sari jika mereka mahu.
Sementara pekan sari Changkat Jering ini pula diadakan pada setiap hari Sabtu. Di sini kita boleh menemukan sayuran tradisi orang Melayu seperti pucuk beko (di bawah ini), pucuk maman, ulam-ulam tradisi seperti kerdas, jering serta petai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan