2011/08/18
GEORGETOWN: Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai negara pilihan utama pelajar antarabangsa untuk meneruskan pengajian, kata Timbalan Ketua Pengarah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.
Katanya, Malaysia kini menguasai dua peratus daripada jumlah pelajar antarabangsa di seluruh dunia.
"Sehingga Jun 2011, jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia melebihi 90,000 orang dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan 200,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2020," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung dengan IPTS Zon Utara di sini, hari ini.
Teks ucapan Siti Hamisah dibacakan oleh Pengarah Bahagian Governan IPTS, Dr Mohd Ali Abdul Rahman.
Katanya, kecenderungan penambahan bilangan pelajar antarabangsa di negara ini disokong oleh dasar liberalisasi pengajian tinggi yang membuka 100 peratus ekuiti asing menjelang 2015.
Siti Hamisah berkata, bidang utama yang menjadi kekuatan Malaysia untuk diterokai dari aspek bidang pengajian tinggi ialah Hospitaliti dan Pelancongan, Perkhidmatan Kesihatan, Kewangan Islam dan Perniagaan serta Bidang Kejuruteraan Termaju, Sains dan Inovasi.
Katanya, bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, negara amat memerlukan sokongan IPTS dalam melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.
Beliau berkata, ketika ini akses kepada pengajian tinggi negara bagi kohort umur antara 17 hingga 23 tahun adalah 40 peratus dan dijangka meningkat kepada 60 peratus dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pengajian tinggi swasta adalah antara penggerak utama kepada perkembangan ekonomi negara.
"Ini sesuai dengan unjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) bahawa sektor pengajian tinggi negara bakal menyumbang antara RM34 bilion hingga RM61 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020," katanya. – BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan