KERJASAMA bersejarah di antara Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) sudahpun termeterai. Bagaimanapun, kerjasama tersebut masih tidak sempurna dan selesai, selagi syarikat penerbangan kebangsaan itu belum mempunyai peneraju.
Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz yang menjawat jawatan nombor satu MAS telah meletakkan jawatannya berikutan rombakan besar-besaran lembaga pengarahnya Rabu lalu.
Pelantikan individu bagi mengisi jawatan nombor satu MAS memang ditunggu-tunggu kerana ramai yang menanti siapakah yang bakal menduduki kerusi panas itu.
Jika aspek kemampuan, keupayaan dan kredibiliti dijadikan ukuran asas bagi pelantikan Pengarah Urusan MAS, ramai yang memberikan jawapan yang sama - iaitu Datuk Kamarudin Meranun.
Malah, para penganalisis tempatan turut meletakkan Kamarudin yang menjadi 'tulang belakang' AirAsia sebagai pilihan utama sekiranya mereka turut berpeluang untuk membuat undian.
Namun, sekiranya mengambil kira aspek-aspek kelebihan lain, Khazanah Nasional Bhd. dan Jawatan Kuasa Eksekutif MAS (EXCO), mungkin banyak nama yang boleh dibentangkan di atas meja.
Sejak jawatan Pengarah Urusan MAS itu dikosongkan, pelbagai individu dikaitkan bakal dilantik menjadi peneraju syarikat penerbangan tersebut.
Antaranya, Datuk Seri Shazalli Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd.), Datuk Charon Wardini Mokhzani (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group Bhd.), Datuk Rohana Rozhan (Ketua Pegawai Eksekutif Astro) dan Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (bekas Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd.).
Tidak kurang juga ada yang berteka-teki kemungkinan MAS terpaksa menggunakan 'pemain import' bagi memulihkan semula imej MAS sebagai aset strategik negara.
Bagaimanapun, kemungkinan untuk mengambil orang luar adalah sangat mustahil kerana Malaysia masih mempunyai banyak calon di kalangan anak tempatan untuk mengemudi syarikat tersebut.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, syarikat penerbangan kebangsaan itu memerlukan seorang tonggak yang memiliki integriti tinggi sebagai pengarah urusannya yang baharu.
Menurutnya, calon tersebut perlu mempunyai latar belakang industri penerbangan yang kuat bagi memastikan perjalanan operasi syarikat tidak terganggu.
Calon juga perlu mengetahui selok-belok perjalanan syarikat penerbangan dari pengurusan di peringkat atasan hingga di peringkat bawah termasuk operasi penerbangan, pramugari dan sebagainya.
Ditanya sama ada beliau menjangkakan calon sesuai, Abdul Aziz berkata: ''Saya tidak mempunyai nama-nama tertentu''.
Bagaimanapun, beliau yang 20 tahun bersama MAS berpendapat, peneraju syarikat penerbangan itu lebih wajar dilantik di kalangan orang tempatan kerana lebih memahami mengenai budaya kerja negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Yang lebih penting dan utama, bakal Pengarah Urusan MAS tidak mempunyai kepentingan peribadi dan perlu dedikasi terhadap tanggungjawab diberikan.
''Tidak kira siapa orang itu dari dalam MAS atau dari luar, beliau perlu mempunyai semangat untuk memulihkan syarikat dan anggaplah ianya seperti khidmat kepada negara,'' jelasnya.
Kamarudin dilihat sebagai calon paling tepat dan layak untuk meneraju MAS kerana keupayaan dan kejayaannya mengemudi AirAsia sehingga menjadi jenama terbaik Malaysia.
Kejayaan yang dicipta oleh Kamarudin dalam AirAsia bukan kecil-kecil anak, sebaliknya mengagumkan industri penerbangan dunia.
Bagaimanapun, ia mungkin sukar bagi Kamarudin untuk menyertai MAS kerana banyak aspek penting menjadi pertimbangannya terutama perancangan yang telah disusun untuk AirAsia, kelangsungan AirAsia dan isu-isu yang bakal dibangkitkan oleh para pemegang saham syarikat penerbangan tambang murah itu.
Tetapi, sekiranya melihat jawatan Pengarah Urusan MAS sebagai satu khidmat kepada negara, tentu ia tidak sukar untuk menolaknya.
Menurut para penganalisis tempatan, kali ini Khazanah selaku pemegang saham terbesar MAS tidak boleh lagi membuat kesilapan besar dalam pemilihan orang kuat MAS.
Pemilihan tepat itu perlu demi kelangsungan operasi MAS selaku syarikat milik kerajaan dan aset strategik negara.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan