06/04/2011 6:15pm
KUALA LUMPUR 6 April - Beberapa cebisan tulang seorang wira negara, Mohammed Abdul Lalil@Jalil yang terkorban apabila pesawat yang dinaiki ketika menjalankan tugas terhempas pada tahun 50-an, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Treh, Muar hari ini.
Kira-kira 500 orang termasuk anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir pada upacara itu. Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.
Terdahulu tulang allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Aman di sini kira-kira pukul 10 pagi sebelum diserah kepada anggota keluarganya.
Mohammed, ketika itu berusia 25 tahun, terkorban apabila pesawat Dakota C4 dari pasukan ke-52 Skuardron Tentera Udara Diraja Birtish terhempas ketika dalam misi menggugurkan ”smoke markers” bagi membantu operasi pengeboman ke atas lokasi komunis di sekitar kawasan hutan Gua Musang.
Turut terkorban ialah juruterbang pesawat itu, tujuh anggota tentera British, dua orang awam dan seorang jurupandu orang asli. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan