Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM, pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 April - Rakyat perlu sedar bahawa fungsi institusi raja Melayu bukan semata-mata melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya ia jauh lebih besar iaitu untuk menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, institusi berkenaan tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.
"Bagi mereka yang bercita-cita dan mempunyai hasrat menentangnya, berhentilah kerana ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula mengingatkan parti pembangkang serta pihak yang buta sejarah agar jangan sesekali mengusik dan menyentuh kedaulatan institusi raja Melayu.
Menurut beliau, institusi raja Melayu telah bertapak sejak 2,000 tahun dahulu dan British menyerahkan negara ini kepada raja-raja Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.
Jelasnya, kedaulatan institusi tersebut sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah tergugat, dicela dan dicaci kerana martabat dan kedaulatannya sangat tinggi dan mulia.
"Saya minta kaum-kaum lain faham fakta sejarah ini dan jangan sesekali ditukar atau dipinda. Orang Melayu menentang sekeras-kerasnya jika ada sesiapa yang mahu menggugat institusi ini," katanya.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu. Semalam, 23 September 2010, penulis dapat bersama-sama beramai-ramai dengan sebahagian dari kaum keluarga Kumpulan Met...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
Universiti Damascus Syria. University Aleppo Syria Mutakhir, 17:50:21 PM PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan