Oleh Siti Salmiah A Hamid, salmiah@hmetro.com.my
BAGI melahirkan lebih ramai saintis dan ilmuwan dari negara Islam, Persidangan Saintifik Pertama mahasiswa Iran berlangsung di kampus induk Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Objektif persidangan itu bagi memperkenal dan mengenal pasti keupayaan serta kebolehan mahasiswa Iran yang menuntut di negara ini selain bertukar maklumat dalam bidang sains agar mampu memperkukuhkan pengajian saintifik di negara mereka kelak.
Persidangan terbabit dianjurkan Pengarah dan Saintifik Kaunselor Perhubungan Pelajar Iran Asia Tenggara, Profesor Dr A Memariani.
Menurutnya, persidangan itu menjadi landasan memperkukuhkan lagi bakat sains di kalangan mahasiswa pelbagai peringkat pengajian selain pemangkin untuk pembangunan negara mereka pada masa depan.
"Persidangan ini mewacanakan pelbagai maklumat dan ilmu serta menjadi jambatan untuk menilai keupayaan mereka sepanjang tempoh pengajian. Ini bertepatan misi negara kami untuk melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang.
"Sekurang-kurangnya 20 jurusan perlu diberi perhatian bagi membangunkan kajian saintifik ini termasuk pertanian, teknologi maklumat, pengurusan dan sains sosial.
"Dengan pemberian biasiswa ini, diharap mampu membantu mereka menjalankan penyelidikan selain membuktikan komitmen kami memberi dorongan sepanjang tempoh pengajian," katanya.
Kini, terdapat seramai 2,700 mahasiswa mengikuti Ijazah Falsafah Kedoktoran dan 3,500 Ijazah Sarjana pelbagai jurusan di negara ini dengan 430 biasiswa diberi sejak tahun lalu sebagai insentif.
Dr Memariani berkata, Iran tidak mampu menampung permintaan tinggi bagi pengajian peringkat tinggi dan kebanyakan mahasiswanya diberi biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke luar negara.
"Antara faktor terpenting pemilihan negara ini ialah mempunyai budaya sosial hampir sama yang memudahkan lagi proses pendidikan. Kami turut mempunyai profesor dalam pelbagai bidang yang pernah menimba ilmu di negara ini.
"Perkongsian pengalaman, ilmu dan maklumat golongan profesional ini banyak membantu dan menaikkan semangat untuk mahasiswa melanjutkan pengajian sekali gus pulang dengan membawa kepakaran diperlukan.
"Bidang berkaitan Pengajian Islam turut dilihat simbol kejayaan dan diharap kerjasama ini bakal memberi dimensi baru kepada Iran untuk menjana pembangunan negara pada masa depan," katanya.
Source: Harian Metro Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 12 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu. Semalam, 23 September 2010, penulis dapat bersama-sama beramai-ramai dengan sebahagian dari kaum keluarga Kumpulan Met...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Universiti Damascus Syria. University Aleppo Syria Mutakhir, 17:50:21 PM PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil k...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Oleh Azrul Affandi Sobry, azr@bharian.com.my Tarikh: 2010/12/13 Siri 2 Tanah tidak subur di Gerogol punca merantau cari kawasan baru PONOROG...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan