12/04/2011 8:51pm
KUALA LUMPUR 12 April – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax di Copenhagen, Denmark baru-baru ini.
KLIA juga mengekalkan kedudukan antara 10 lapangan terbang terkemuka dunia dengan menduduki tempat kesembilan, pada majlis yang sama.
Malaysia Airport Holdings Bhd, operator KLIA, dalam satu kenyataan menyebut kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi anggota imigresen di lapangan terbang berkenaan.
"Berdasarkan maklum balas yang diterima, ia bukan sahaja dari segi kecekapan keseluruhan perkhidmatan, malah kualiti dan budi bahasa anggota individu,” katanya.
Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu adalah berasaskan kajian daripada 11.38 juta soalan melibatkan lebih 100 kewarganegaraan berlainan yang menaiki pesawat, meliputi lebih 240 lapangan terbang di seluruh dunia.
Kajian itu menilai pengalaman pengguna merentas 39 perkhidmatan lapangan terbang berlainan dan faktor produk, dari pemeriksaan masuk, ketibaan dan pemindahan, sehinggalah pelepasan. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 12 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan