Oleh Aznan Bakar, aznan.bakar@utusan.com.my
RASANYA agak lama juga tidak kedengaran para pemimpin kita membuat teguran mengenai sastera Melayu - bidang yang semakin terpinggir. Mungkin jika teguran itu tidak diambil perhatian ia boleh terkubur begitu sahaja.
Ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Ke-19 baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan peranan sastera Melayu diperkasakan dengan diberi nafas baru.
Sastera Melayu tidak boleh dibiarkan statik atau kekal pada tahap lama supaya ia tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia moden. Itu penegasan Muhyiddin.
Tetapi realitinya, siapa yang akan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan penegasan pemimpin negara itu?
Isu berkaitan dengan sastera Melayu sudah lama diperjuangkan oleh pada penulis dan penggiat sastera di negara ini.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said misalnya tidak putus-putus membangkitkan isu ini termasuk melalui mogok seninya.
Tetapi, tidak ada siapa yang peduli. Kalau ada pun yang peduli, orang itu tentunya tidak ada kuasa untuk mengubah dasar yang ada.
Transformasi seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin itu mungkin sesuatu yang agak besar untuk dunia sastera kita.
Yang utama, yang perlu dilihat sekarang ialah kedudukan sastera Melayu itu sendiri di negara ini. Untuk melihat kedudukan sastera Melayu ini, rasanya kita kena melihat di mana duduk letaknya hasil karyanya?
Tidak pernahkah kita terfikir bahawa sastera Melayu ini sebenarnya ditolak di bumi sendiri?
Di mana kita boleh dapatkan novel-novel penulis tempatan yang hebat-hebat?
Di mana kita boleh dapatkan naskhah Salina A. Samad Said? Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan karya Pak Sako seolah-olah sudah pupus di bumi Malaysia ini. Kalau ada pun pastinya tersimpan rapi di rak-rak perpustakaan.
Tapi untuk mencarinya di kedai-kedai atau toko-toko buku jangan harap akan jumpa.
Cuba kita jenguk ke kedai-kedai buku besar di seluruh negara. Rak-rak bukunya penuh dengan hasil sastera dari luar negara. Karya Melayu mungkin sekadar mengambil satu peratus sahaja daripada keseluruhan ruang kedai terbabit. Itupun, bahan yang dipamerkan lebih bersifat remaja dan muda-mudi.
Lebih mudah untuk mencari karya penulis barat daripada penulis tempatan di kedai-kedai buku kita.
Malah kalau kita rajin menyelusuri kedai-kedai buku yang terdapat di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit juga, karya penulis tersohor tempatan semakin sukar ditemui.
Kenapa ini terjadi? Kenapa novel-novel hebat penulis Melayu tidak mendapat ruang di kedai-kedai buku?
Adakah polisi mereka tidak membenarkan buku sasterawan tempatan masuk? Atau tidak ada usaha untuk menerbitkan semula karya-karya tersebut atas faktor untung dan rugi?
Kalau karya-karya penulis Barat seperti William Shakespeare, Paulo Coelho, Albert Camus dan Orhan Pamuk sentiasa boleh didapati di kedai buku kita. Kenapa tidak karya Arena Wati, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Keris Mas dan Pak Sako?
Malah karya penulis Asia lain terutama dari India seperti Rabindranath Tagore pun cukup mudah untuk diperolehi.
Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Sebab itu kata A. Samad Said, sasterawan Melayu hidupnya miskin. Mereka ibarat melukut di tepi gantang.
Karya mereka hebat dan menang bermacam anugerah tetapi tidak boleh dijual atau tidak ada pihak yang mahu menjualnya.
Akhirnya anak-anak kita membesar dengan lebih mengenai penulis-penulis asing. Sastera sendiri terbiar.
Ketika pemimpin seperti Muhyiddin mengatakan peranan sasterawan penting bagi mewujudkan gelombang pemikiran, nilai dan budaya yang secocok dengan nilai kemajuan, namun karya-karya mereka tersisih di negara sendiri.
Jadi siapa yang akan bertanggungjawab merealisasikan saranan Muhyiddin untuk memperkasakan sastera Melayu ini?
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Isnin, 6 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan