TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 4 Disember 2010
Rintihan hati ke hati penduduk Aceh
ANTARA halaman penting sesebuah akhbar ialah mimbar atau forum pembaca. Kerana yang disiarkan ialah pandangan, fikiran, reaksi, kemeriahan atau rintihan rakyat. Demikianlah juga halnya dengan Serambi Indonesia, Banda Aceh.
Lalu dilaporkan betapa kira-kira lapan bulan selepas malapetaka tsunami 26 Disember 2004, maka perjanjian damai di antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) akhirnya ditandatangani pada 15 Ogos 2005.
Hampir semua surat yang disiarkan dalam mimbar pembaca Serambi Indonesia pada Ogos 2005 menyentuh bencana tsunami Disember 2004 dan gempa bumi bulan Mac 2005. Halaman tersebut di beri nama ``Droe Ken Droe’’ (Dari hati ke hati). Berikut antara ayat-ayat pelbagai surat:
Saya adalah satu dari sekian korban tsunami ........... tragedi tsunami telah kita rasakan bersama. Coba bapak pikirkan secara jernih pendapat saya selaku masyarakat yang pernah mengalami tsunami di desa.
Oleh kerana itu kami mohon kepada saudara-saudara marilah kita sedari apa yang telah terjadi, marilah kita kembali ke jalan Allah SWT. Cukupkanlah musibah yang telah Allah berikan ini dan jangan lagi meminta azab Allah yang kedua kalinya. Marilah kita renungkan kesalahan diri masing-masing. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang telah kamu kerjakan. Kerana Allah memberikan bala tidak memilih siapa pelakunya, semua kita rasakan.
Petunjuk
Mudah-mudahan mereka diberikan nur oleh Allah SWT agar hati mereka dibuka dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Demikianlah harapan kami kepada bapak agar sudi kiranya memenuhi keinginan masyarakat agar dunia pendidikan kita khususnya Aceh Utara segera bangkit dari ketinggalan. Terima kasih kepada Harian Serambi Indonesia yang telah memuat tulisan ini semoga Allah SWT memberi berkat kepada kita semua, Amin. Perlu bapak-bapak politisi ketahui, bagi kami masyarakat proletar (miskin), demikian pula antara yang ditujukan kepada golongan elit dalam surat-surat berkenaan.’’
Laporan mengenainya terbit dalam buku berjudul ACEH: History, Politics and Culture (terbitan Institut Pengajian Tenggara Asia, Singapura 2010).
Di samping itu di Jakarta pula terbit antologi sajak tsunami yang dijual di toko-toko buku, antaranya Duka Aceh Duka Bersama, Skala Richter Lalu Tsunami, Duka Aceh Luka Kita.
Yang memberi sumbangan ialah para ilmuwan Islam. Antara tajuk: Tsunami : Tanda Kekuasaan Allah; Tsunami dan Keajaibannya; Tsunami Aceh: Azab atau Bencana?
Turut mendapat perhatian ialah perkembangan politik di Aceh antara 1963 hingga 2004, dan cubaan demi cubaan untuk menamatkan perang sesama sendiri. Lantas dicatit perkembangan semasa kepimpinan Presiden B.J Habibie (selepas bersaranya Presiden Suharto), Presiden Abdurrahman Wahid dan Presiden Megawati Sukarnoputri.
Pada akhir tahun 2004 di Sumatera Utara, termasuk Aceh, berlaku gempa bumi dan tsunami yang mengakibatkan 240,000 mati dan hilang.
Akhirnya pada 15 Ogos 2005 perjanjian semasa ditandatangani. Turut terlibat ialah Hasan Tiro, keturunan ulama yang mengetuai gerakan menentang penjajahan Belanda pada abad ke-19. Pemberontakan pimpinan beliau sendiri bermula pada tahun 1976.
Berperanan lama sebelum itu pula ialah Christiaan Snouck Hurgronje, penasihat mengenai Islam kepada penjajah Belanda di Indonesia. Beliau mengadakan penyelidikan mengenai segala aspek masyarakat Aceh. Beliau mengatur gerakan tentera terhadap pemberontak Aceh pimpinan para ulama, dan menganjurkan kerjasama dengan golongan yang dipanggil hulubalang.
Dari hati ke hati, demikian dinyatakan dalam mimbar pembaca akhbar. Demikian juga oleh para penulis puisi.
Source: Mingguan Malaysia Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan