Oleh Azli Ayob, azliayob@bharian.com.my
Tarikh siar: 2010/12/02
Sistem kewangan Malaysia kini lebih bersedia hadapi krisis
EKONOMI Malaysia kini berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk berdepan sebarang kesan negatif akibat ketidaktentuan pasaran kewangan global termasuk yang berpunca daripada krisis hutang di Ireland dan ketegangan di Korea, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau menegaskan, tidak dinafikan ketidaktentuan pasaran kewangan global disebabkan perkembangan krisis kewangan dan geopolitik itu akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka kerana ia akan mewujudkan ketidakstabilan dalam pasaran tukaran asing serta pasaran modal seluruh dunia.
Namun, katanya, sistem kewangan negara ini kini adalah lebih bersedia menghadapi kemungkinan kerana sektor kewangan negara ini sudah semakin maju manakala institusi kewangannya pula bertambah kukuh berbanding 10 tahun lalu.
“Malaysia kini sudah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berdepan dengan situasi tidak menentu yang berlaku di pasaran kewangan antarabangsa,” katanya selepas menyaksikan penyenaraian program sukuk AS$3.5 bilion Bank Pembangunan Islam (IDB) di Bursa Malaysia, semalam.
Hadir sama, Pengerusi CIMB Islamic, Datuk Dr Syed Muhammad Syed Abdul Kadir; Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah; Presiden IDB, Dr Ahmed Mohamed Ali dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar.
Zeti turut menegaskan kedudukan sistem kewangan Malaysia yang lebih kukuh juga akan membolehkannya menangani kesan negatif pengaliran masuk ‘wang panas’ atau dana jangka pendek berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) menyuntik dana AS$600 bilion ke dalam sistem ekonominya baru-baru ini.
“Sudah tentu kita bersedia. Malaysia kini berada dalam keadaan lebih baik untuk menguruskan dana seperti itu kerana kita sudah mempunyai sistem kewangan yang lebih maju dan pasaran kewangan yang lebih matang,” katanya.
Tegasnya penyenaraian sukuk IDB semalam menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pasaran modal Malaysia yang berdaya tahan.
Bank Negara memberi status ‘Emas’ kepada sukuk IDB yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah kategori ‘rejim berkecuali’ yang tidak diurusniagakan.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 2 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan