TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 11 Disember 2010
Aidiladha di Kemboja
Oleh Halina Mohd Noor - (Yang menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja 2010 bersama sukarelawan Yayasan Salam dan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan), halina@bharian.com.my
Tarikh - 2010/12/12
Sukarelawan Yayasan Salam dan Rakan Muda 'berkorban' bersama penduduk Islam Kemboja
HATI cukup tersentuh tatkala melihat penduduk Kampung Ayer di Tasik Tonle Sap, Wilayah Siem Reap, Kemboja mengambil wuduk menggunakan air tasik yang keruh dan hanyir. Tasik itu jugalah punca air mereka mencuci beras, pinggan mangkuk dan sebagainya. Penduduk di sini juga hidup seakan nomad di atas tasik yang juga disifatkan sebagai ‘Mahkota Kemboja’ kerana saiznya yang luas.
Mereka terpaksa memindahkan rumah masing-masing ke sebelah barat tasik apabila musim kering pada Disember dan kembali semula pada Jun hingga November apabila air naik memenuhi tasik. Kedaifan bukan saja membelenggu penduduk penempatan bergelar Kampung Ayer ini yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan di sini tetapi hampir kebanyakan masyarakat di negara penuh sejarah hitam ini. Kebanyakan mereka hanya makan sekali sehari, itupun dengan sejenis lauk saja sama ada ikan atau sayur yang direbus.
Kemiskinan menyebabkan hampir 90 peratus penduduk di sini kurus kerana tidak mendapat khasiat makanan diperlukan. Hanya setahun sekali mereka makan daging lembu. Itupun jika ada rakyat Malaysia yang sudi menjalankan korban pada Aidil Adha di kampung mereka.
Tidak hairanlah apabila kunjungan kami ke Kampung Khpob di Wilayah Cham diisi insiden lucu apabila penduduk kelihatan geli hati sambil memicit otot pejal milik salah seorang sukarelawan Rakan Muda yang berbadan gempal dan rendah. Mungkin susuk tubuh seperti itu begitu asing buat mereka.
Mungkin disebabkan budaya ditambah kerana tidak mampu, masyarakat di sini juga hanya bersarapan pagi dengan air kopi pekat atau teh Kemboja berbanding di negara kita yang meriah dengan pelbagai jenis kuih, roti canai, nasi lemak dan sebagainya.
Beberapa sukarelawan yang kelaparan di pagi hari, cuba mendapatkan sarapan di kedai kopi terdekat selepas tuan rumah tidak menyediakan sebarang hidangan tetapi ternyata hanya minuman seperti teh, kopi, air tebu dan ais kacang dijual.
Namun rezeki tetap ada apabila keluarga sukarelawan Yayasan Salam di Kemboja, Mohd Sulaiman menyediakan sarapan roti panjang yang dimakan dengan telur itik goreng kerana memahami tabiat orang Malaysia yang akan mencari makan sebaik celik mata di pagi hari.
Inilah hakikat kehidupan di sini yang tidak menjadikan makan sebagai budaya. Mereka mengisi perut untuk hidup dan bukan hidup untuk makan dek kesusahan yang dialami. Justeru, kedatangan orang Malaysia yang menjalankan ibadat korban di kampung mereka disambut gembira.
Tahun lalu, ketika sukarelawan Yayasan Salam mengadakan kenduri daging korban bersama penduduk Kampung Tropengbeang di Wilayah Kratie, mereka didatangi seorang wanita berusia awal 20-an bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Romzi.
Wajah mereka tampak keletihan selepas menunggang motosikal selama lima jam dari Kampung Tanakkiri dalam wilayah yang sama semata-mata untuk memohon simpati meminta sebahagian daging lembu untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung.
“Sudah bertahun hari raya (Aidiladha) tiada korban di kampung kami. Kampung kami jauh, tiada orang Malaysia mahu datang... seekor pun jadilah,” kata Romzi yang hanya mampu menitiskan air mata apabila diberitahu lembu sudah habis dikorbankan dan tiada lagi yang berbaki.
Tahun ini seperti dijanjikan, Yayasan Salam memastikan Romzi dan penduduk kampungnya menerima daging korban berkenaan.
Bagi penulis yang baru pertama kali beraya tanpa keluarga di perantauan, takbir pada malam Aidil Adha begitu sayu dirasakan. Mana tidaknya, Kampung Khpob sunyi sepi seperti tiada apa yang istimewa. Tiada suasana riuh rendah orang kampung memasak rendang mahupun menganyam ketupat.
Bagaimanapun, penulis insaf apabila melihat betapa orang kampung di sini tetap menyambutnya dengan meriah walaupun tanpa hidangan mewah. Mereka tetap keluar beramai-ramai dengan baju cantik mengunjungi jiran tetangga selepas bersembahyang raya.
Suasana begini sudah lama tidak dilihat di tanah air kita kerana masing-masing membawa diri dan menyambut hari raya bersama keluarga terdekat saja.
Source: Berita Minggu Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan