By Idris Ismail Talu
Tea Centre ini merupakan sebuah restoran teh sebenarnya. Sebagai sebuah restoran, ianya juga menjual pelbagai makanan seperti roti, karipap dan juga sandwic beserta sedikit kuih-kuih yang lain.
Tea Centre ini merupakan sebuah restoran teh sebenarnya. Sebagai sebuah restoran, ianya juga menjual pelbagai makanan seperti roti, karipap dan juga sandwic beserta sedikit kuih-kuih yang lain.
Namun begitu, restoran ini lebih memfokuskan jualan mereka kepada semua jenis produk yang dihasilkan oleh kilang teh milik syarikat Boh yang terletak berhampiran restoran ini. Produk berasaskan teh yang terdiri dari serbok teh dari pelbagai kategori, teh campuran segera, serta pelbagai cenderahati berkaitan syarikat Boh - seperti koleh teh berjenama Boh, caps dan sebagainya.
Restoran ini yang terletak di tengah ladang teh milik Syarikat Boh di Sungai Palas, Brinchang, merupakan salah sebuah tempat yang termasuk dalam senarai wajib para pengunjung ke Cameron Highlands.
Restoran ini yang terletak di tengah ladang teh milik Syarikat Boh di Sungai Palas, Brinchang, merupakan salah sebuah tempat yang termasuk dalam senarai wajib para pengunjung ke Cameron Highlands.
Untuk memasuki ladang teh ini, kita terpaksa berhati-hati kerana jalan untuk keluar masuk ke sini agak sempit untuk dilalui. Setakat yang penulis lalui, memang ada pondok pengawal di tepi Sungai Palas yang melalui tengah ladang tersebut, tetapi tidak mampu mengawal lalulintas yang agak banyak di hujung minggu.
Gambar di atas, pondok pengawal di laluan masuk/keluar ladang teh Sungai palas.
Lihat bagaimana kenderaan berselisih di atas jalan yang sempit.
Para pengunjung restoran - agak ramai.
Gambar di atas, lihat deretan kenderaan yang diletakkan di bawah bukit. Pengunjung terpaksa berjalan kaki ke restoran teh di atas bukit.
Pengunjung di depan restoran teh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan