Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Dari Ruangan “Untung Sabut Timbul.”
Penulis: Zin Mahmud.
Tarikh: 22 August 2010.
Dalam bulan merdeka ini, tiba-tiba teringat kisah Allahyarham Tun Ghafar Baba Menurut beliau, kesedaran kebangsaannya boleh dikatakan bermula apabila beliau waktu itu sebagai seorang kanak-kanak, secara tidak sengaja pergi ke kediaman seorang keluarga Inggeris di Kuala Pilah.
Kalau tidak silap, terdapat padang golf di depan kediaman pegawai Inggeris itu dengan Ghafar mengambil upah mencari bola golf yang dipukul hilang.
Seperti kebanyakan kanak-kanak di seluruh Asia, sememangnya kanak-kanak tidak memakai kasut ketika berjalan ke sana sini. Bukan saja tidak mampu untuk membeli kasut tetapi juga itu adalah amalan biasa.
Dari luar rumah keluarga Inggeris itu, buat pertama kali dilihatnya orang memakai kasut dalam rumah.
Mewahnya kehidupan orang putih. Ketika mana beliau bertungkus lumus bekerja walaupun masih kanak-kanak untuk mendapat sesuap nasi, apa yang dilihat ialah meja makan orang putih penuh dengan pelbagai juadah dan lauk-pauk.
Bukan itu saja, kucing orang putih itu juga diberi makanan segar dan bukannya sisa-sisa. Sedangkan kebanyakan orang di Malaya masih dibelenggu kemiskinan dan kekurangan makanan.
Di situlah mula perasaannya membenci penjajahan orang putih.
Setelah lebih 50 tahun merdeka, generasi baru tidak akan dapat menghayati kesusahan hidup rakyat negara ini pada zaman penjajahan. Lebih-lebih lagi Inggeris tidak dilihat sebagai zalim, tidak seperti Jepun dan Belanda.
Anak penulis pernah bertanya, ada tidak penjajah membuat pembangunan untuk negara ini? Yalah dengan melihat bandar-bandar dan pekan-pekan di Malaya yang penuh rumah-rumah kedai serta jalan raya dan rel keretapi maka dirasakan Inggeris juga membangunkan negara.
Lebih-lebih lagi bangunan Inggeris jauh berkualiti berbanding yang dibina kerajaan lepas merdeka.
Memang sukar untuk membayangkan bahawa penjajah Inggeris bukannya kerajaan yang mempunyai mandat daripada rakyat untuk mentadbir negara ini. Mereka sama sekali tidak mempunyai niat atau tujuan untuk membangunkan negara ini.
Deretan rumah kedai itu bukan dibina oleh penjajah. Itu dibina oleh peniaga-peniaga dan saudagar-saudagar Cina untuk memajukan perniagaan mereka.
Taiping
Bandar Taiping umpamanya adalah seratus peratus didiami oleh kaum Cina. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung.
Ekonomi yang orang Cina pegang itu adalah di peringkat pertengahan. Perniagaan kecil-kecilan dan sederhanma. Sementara perniagaan besar seperti ladang-ladang estet dan bijih timah diboploti oleh Inggeris. Yang selebihnya baru dibenarkan dipegang oleh Cina. Orang Melayu walaupun majoriti dan mempunyai raja berdaulat tetapi tempatnya hanya di kampung. Tidak ada nilai ekonomi pun. Sementara orang India hanyalah pekerja di estet.
Jalan raya, keretapi dan segala infrastruktur yang dibina Inggeris bukan untuk rakyat dan negara ini. Ia semata-mata untuk mengukuhkan cengkaman kuasa politik British ke atas Malaya dan memudahkannya memunggah segala kekayaan ke England.
Revolusi Industri bermula dan berjaya di England adalah atas pemerasan mereka ke atas tanah-tanah jajahan di seluruh dunia.
Apa saja yang dilakukan oleh Inggeris adalah untuk kepentingan politik dan ekonomi mereka. Termasuklah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Kolej Pertanian Serdang.
Program pendidikan untuk orang Melayu adalah supaya mereka boleh menjadi anak-anak jajahan yang baik.
Perlu diingat bahawa bilangan orang Inggeris adalah sedikit berbanding dengan penduduk tanah-tanah jajahannya.
Hendak tidak hendak mereka mesti memerlukan perkhidmatan anak-anak jajahannya bagi meneruskan sistem imperialismenya.
Pelajaran yang terhad perlu diberikan sekurang-kurangnya supaya mereka menjadi petani yang baik dan dapat membekalkan makanan yang mencukup bagi penduduk Tanah melayu. Itulah tujuan sekolah Melayu dengan kurikulumnya menekankan kepada pertanian.
Maka Kolej Pertanian Serdang adalah penting bagi tujuan ini.
Tetapi sebaik saja ada anak-anak Melayu yang boleh membaca buku. Makannya bukan sekadar kitab-kitab. tetapi buku serius lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris, maka dunia terbuka luas.
Justeru di maktab Perguruan Tanjung Malim itu dan Kolej Pertanian lahirlah pelajar-pelajar Melayu yang sedar mengenai kebangsaan dan mahu memperjuangkan kemerdekaan.
Ghafar adalah salah seorang daripadanya. Ibrahim Yaakob menjadi pemimpin kumpulan ini. Sementara di Kolej Pertanian Serdang. muncul tokoh seperti Mustaffa Hussain. Lahirlah Kesatuan Melayu Muda (KMM). Mereka kata Tanah Melayu mesti merdeka. Mereka tidak mahu jadi anak jajahan lagi.
Tetapi tentunya KMM tidak ada kekuatan untuk melawan British. Bercakap dan berbincang bolehlah dilakukan. Itupun menarik perhatian pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi mereka hanyalah pelajar dan sebagai orang muda yang akan bekerja dengan jentera pentadbiran Inggeris.
Perubahan hanya berlaku apabila geopolitik dunia mencetuskan ketegangan akibat amalan imperialisme global.
Apabila Jepun datang menyerang, maka dunia pun berubah. Akhirnya Malaya merdeka juga. Tetapi kerana tuntutan geopolitik dunia akibat persaingan Washington-Moscow.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan