Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh: 2010/08/12
RAMADAN selalunya dikaitkan dengan amalan tradisional masyarakat Islam. Dalam konteks Malaysia, tradisi Melayu begitu mewarnai penghayatan Ramadan dalam pelbagai bidang. Ketika berbuka puasa misalnya, juadah Melayu menjadi pilihan.
Walaupun kita sering memakan pelbagai juadah lain, tetapi ketika berbuka, selera kebanyakan orang sangat bersifat kemelayuan. Ayam percik dan gula Melaka, bubur lambuk dan gulai masak kuning tetap menjadi pilihan. Biasanya pada Ramadan kita mengenali pelbagai jenis masakan dan juadah tradisional yang jarang dihidangkan pada bulan lain.
Tidak salah rasanya jika dikatakan Ramadan menimbulkan nostalgia dan mempertautkan kembali kita kepada akar budaya dan jati diri. Selain penekanan ibadat, Ramadan menjanjikan peluang dan ganjaran duniawi. Ketika ini peniaga menyasarkan keuntungan lumayan menerusi jualan juadah berbuka puasa, pakaian raya, kad ucapan, kuih raya dan sebagainya.
Malah ramai juga mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ketika bermulanya Ramadan. Ketika Ramadan gerai jualan tumbuh bagai cendawan. Pasar raya penuh sesak dengan gerai baru. Begitu juga dengan perkhidmatan lain seperti hidangan berbuka puasa di hotel lima bintang dan pakej umrah sepanjang bulan.
Keunikan sambutan Ramadan di Malaysia turut mewarnai seluruh masyarakat Malaysia, tidak hanya orang Islam. Ketika berbuka di hotel lima bintang, kehadiran orang bukan Islam begitu dirasakan. Biarpun mereka bersama untuk makan malam atau sekadar menghormati rakan niaga ketika berunding atau bermesyuarat, realitinya kemeriahan Ramadan melangkaui sempadan agama dan keturunan.
Namun demikian, pada hemat saya, kita masih tidak menggunakan kesempatan menerusi keunikan budaya Ramadan sebagai identiti Malaysia. Pada hemat saya, kemajmukan, kemeriahan dan kesatuan masyarakat Malaysia menyambut Ramadan hanya terhad disoroti dari aspek kemeriahan berbuka dan keriangan ketika menjamu selera dari gerai tepi jalan hingga hotel lima bintang.
Jarang kita membicarakan soal perpaduan ummah dan kesatuan masyarakat majmuk yang terserlah setiap tiba Ramadan. Jarang juga kita menyentuh sikap toleransi dan kesediaan seluruh masyarakat tanpa mengenal agama, budaya dan keturunan untuk mengirim kad raya, atau sekadar menghantar pesanan ringkas. Hal ini lebih menarik ketika sambutan perayaan menerusi rumah terbuka.
Saya juga ingin mencadangkan agar kemeriahan Ramadan dijadikan ikon pelancongan di Malaysia. Ketika ini kemudahan dan pakej Ramadan lebih bersifat memenuhi keperluan orang tempatan. Itupun dalam banyak hal dilakukan secara bermusim dan tidak profesional. Sebagai contoh, gerai makanan disediakan di tepi jalan tanpa kemudahan asas.
Selain mengganggu kelancaran lalu lintas, gerai itu juga sering menyebabkan kekotoran kawasan berkenaan. Kebersihan dan keselamatan makanan juga tidak dipantau.
Hal ini berlainan jika dibandingkan dengan Singapura, gerai dan bazar Ramadan dipusatkan di beberapa kawasan. Geylang Serai misalnya menjadi tumpuan utama. Selain kegunaan orang tempatan, bazar Ramadan yang tersusun, bersih dan bersistem adalah jenama dalam promosi pelancongan.
Itu sebabnya Singapura berjaya menarik bukan saja pelancong beragama Islam dari Asia Barat malah dari serata dunia yang tidak beragama Islam untuk mengunjungi bazar Ramadan.
Pelancongan Ramadan antara kesempatan yang belum diterokai di Malaysia. Kita hanya terbiasa dengan pakej umrah ketika Ramadan dengan bilangan jemaah dari Malaysia mengatasi kuota musim haji.
Dalam konteks Malaysia, pelancongan Ramadan mudah dilakukan kerana kebanyakan hotel dan restoran di Malaysia mempunyai persijilan halal dan berdekatan masjid membolehkan pelancong Islam mengerjakan solat berjemaah termasuk solat terawih. Pelancong bukan Islam pula boleh melihat keunikan masyarakat Malaysia menyambut dan menghayati Ramadan.
Ketika Ramadan umat Islam menukar cara hidup bukan saja menjadi lebih soleh tetapi juga berubah efisyen. Selain tidak makan pada hari siang, umat Islam juga melakukan semua perkara dengan sebaiknya. Ia begitu ketara dari segi inovasi perniagaan dan juga pengurusan masa.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramadanbolehjaditarikanpelancong/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Ismail Talu Mas Cotek - Ficus deltoidea . Mas Cotek atau nama sebenarnya “Emas Cotek” merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Rendang maman Gemencheh terlazat di dunia 29 Februari 2012 JIKA ada yang bertanya, apakah masakan yang sinonim dengan Negeri Sembilan, pasti...
-
By Idris Ismail Talu. Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat...
-
By Idris Talu . Hentian Rehat dan Rawat, Bukit Gantang (Arah Utara) merupakan salah satu R & R di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Sel...
-
DATUK RUHAIDINI ABD KADIR menulis dari Beijing Language and Culture University, China . BAGI saya, ada banyak rahmat yang tersembunyi di seb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan