TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 12 Ogos 2010

PLBE Ipoh - Padang Besar siap 52 peratus

Sumber: Utusan Malaysia Online.

PULAU PINANG 11 Ogos - Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar yang diterajui oleh kontraktor utama MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd., kini siap 52 peratus bagi kerja-kerja pembinaan fizikalnya.

Pengurus PLBE Kamunting, Kock Sit Kwang berkata, projek itu melalui perkembangan baik serta berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Tambak Tasik Merah - gambar yang penulis ambil dalam tahun 2006

"Sehingga kini pembinaan struktur terowong Larut telah siap sepenuhnya, sementara itu bagi terowong berkembar Bukit Berapit mencapai 75 peratus dan Jambatan Marin Bukit Merah pula sudah 80 peratus.

"Satu lagi mercu tanda projek ini iaitu Jambatan Atas Tanah sepanjang 27 kilometer di antara Alor Pongsu ke Bagan Serai telah mencapai 92 peratus siap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada media sempena lawatan ke lima buah tapak projek PLBE di Perak dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambahnya, apabila siap kelak, terowong Bukit Berapit sepanjang 3.3 kilometer itu akan menjadi terowong landasan keretapi berkembar yang terpanjang di Asia Tenggara.

Jambatan merentasi Tasik Merah dalam pembinaan - 2010.

Sementara itu, Pengurus PLBE Parit Buntar-Sungai Petani, Teh Teck Seong pula berkata, bagi Jambatan Berbuai Prai perkembangan kerjanya baru bermula sebanyak 28 peratus.

"Antara kerja-kerja utama yang masih berjalan adalah rawatan tanah, kerja-kerja utiliti seperti memindah saluran gas, paip air dan kabel elektrik serta kerja-kerja pengairan," katanya.

Jambatan keretapi rel berkembar Tasik Merah - 2010.

PLBE yang melibatkan empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu dimulakan pada 2008 dan dijangka siap pada 2013.

Ia adalah kesinambungan kepada PLBE menghubungkan Rawang di Selangor dan Ipoh, Perak yang siap sepenuhnya pada 31 Disember 2007.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Perkembangan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar dan Foto-Foto mengenainya boleh dilihat di:-

http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=149824&page=23

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum En Idris

membangun seiring bersama Islam
Alhamdulillah

Wassalam

Idris Talu berkata...

En Rozali,

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

Ya, begitulah - membangun dan maju - dunia dan akhirat seiring.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran