TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 16 Ogos 2010

Dodol Di Agrofest Negeri Perak

By Idris Ismail Talu.

Dodol merupakan sejenis makanan tradisi orang Melayu sejak sekian lama. Pada masa dahulu dodol hanya boleh di dapati semasa musim perayaan, tetapi kini dodol boleh dibeli pada setiap masa. Kini dodol bukan sahaja digemari oleh orang Melayu, malah oleh semua kaum di Malaysia.

Jika dahulu dodol disimpan di dalam upih pinang yang telah dikeringkan, kini telah terdapat pelbagai jenis alat atau bekas yang sesuai untuk menyimpan dodol yang telah siap diproses.

Dodol juga boleh proses dengan dicampur beberapa jenis buah-buahan seperti durian dan nenas.

Pada masa dahulu, untuk memasak dodol memerlukan lima atau enam jam, barulah siap proses memasak dodol. Jika memasak dodol dilakukan dalam bulan Ramadhan, ianya dimulakan selepas solat tarawih dan hanya akan selesai selepas solat Subuh - hari telah hampir siang.

Kini telah tercipta pelbagai alat untuk memudahkan proses memasak dodol. Hanya dengan menggunakan sejenis alat motor untuk memutarkan pengacau yang mengacau dodol secara perlahan tetapi terus menerus, tanpa henti sehingga dodol cukup pekat dan siap untuk dibekukan di dalam bekas-bekas yang sesuai.

http://idristalu.blogspot.com/



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran