Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Perak contohi Grameen Bank kurangkan kemiskinan
Tarikh:2010/09/01
IPOH: Kerajaan Perak mencontohi kejayaan Grameen Bank di Bangladesh dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara itu menerusi program memberi pinjaman mikro kepada golongan wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menubuhkan Yayasan Bina Upaya (YBU) Disember tahun lalu, khusus untuk membantu golongan kurang berada daripada pelbagai kaum. Katanya, yayasan berkenaan bertindak melengkapi peranan agensi kebajikan sedia ada dan tidak melaksanakan program memberi wang tunai untuk bantuan sara hidup. Beliau yang juga Pengerusi YBU berkata, yayasan itu sudah memilih 50 golongan miskin tegar, iaitu mereka berpendapatan RM420 sebulan untuk menerima pinjaman mikro antara RM5,000 hingga RM20,000.
"Semua 50 penerima pinjaman mikro ini mempunyai pengalaman seperti menjual kuih atau bahulu, air tebu, pisang goreng dan nasi lemak, tetapi pendapatan mereka masih di bawah paras kemiskinan.
"YBU membantu mereka dengan memberi modal untuk membesarkan perniagaan sedia ada. Kaedah kita ialah memberi pancing, bukan memberi ikan," katanya kepada Berita Harian di sini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Khairul Azwan Harun.
Penyampaian pinjaman mikro, iaitu 50 penerima pertama itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pinjaman mikro YBU sama seperti konsep Grameen Bank, iaitu tanpa faedah dan tanpa cagaran.
Katanya, penerima pinjaman itu juga bebas untuk memilih jumlah yang akan dibayar semula sama ada secara mingguan atau bulanan.
"Penerima pinjaman bebas menentukan tarikh bila mereka mahu mula membayar pinjaman. Peminjam juga sudah dimaklumkan bahawa pemberian kewangan ini adalah pinjaman, bukan geran. Jadi, mereka mesti membayar semula walaupun dengan kadar yang rendah," katanya.
Khairul Azwan berkata, hanya 13 daripada penerima pertama pinjaman mikro itu berada dalam senarai E-Kasih, iaitu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala bakinya, 37 penerima adalah golongan miskin yang dikenal pasti sendiri oleh YBU.
Katanya, kebanyakan penerima pinjaman daripada YBU buat julung kali tinggal di kawasan bandar di daerah Kinta dan Kampar, iaitu golongan miskin bandar.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_PerakcontohiGrameenBankkurangkankemiskinan/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Ismail Talu Mas Cotek - Ficus deltoidea . Mas Cotek atau nama sebenarnya “Emas Cotek” merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Rendang maman Gemencheh terlazat di dunia 29 Februari 2012 JIKA ada yang bertanya, apakah masakan yang sinonim dengan Negeri Sembilan, pasti...
-
By Idris Ismail Talu. Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat...
-
By Idris Talu . Hentian Rehat dan Rawat, Bukit Gantang (Arah Utara) merupakan salah satu R & R di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Sel...
-
DATUK RUHAIDINI ABD KADIR menulis dari Beijing Language and Culture University, China . BAGI saya, ada banyak rahmat yang tersembunyi di seb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan