TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 13 Ogos 2010

Masjid Kampung Baru tambah bubur lambuk

Sumber: Berita Harian Malaysia Online

Tarikh: 2010/08/13

KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap bubur lambuk, Masjid Jamek Kg Baru tahun ini akan menyediakan 3,750 bungkus bubur lambuk sehari untuk diagihkan secara percuma.

Pengerusi masjid itu, Datuk Idris Shaari Mat Aris, berkata pada tahun ini masjid itu memasak 15 periuk bubur lambuk sehari berbanding 12 periuk pada tahun lepas. "Setiap periuk itu dapat menghasilkan 250 bungkus bubur lambuk dan dengan 15 periuk sebanyak 3,750 paket bubur disediakan setiap hari sejak bermulanya bulan Ramadan kelmarin, katanya.

Sejak 51 tahun yang lepas, setiap kali menyambut Ramadan, penduduk kampung akan bergotong-royong menyedia dan memasak bubur itu untuk disedekahkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Foto ihsan Kosmo.


Sempena pelancaran pasar Ramadan oleh Kementerian Pelancongan pada Sabtu ini di masjid itu, Idris Shaari berkata sebanyak 100 periuk bubur lambuk akan dimasak untuk program itu.

"Seperti biasa ada juga kementerian dan pihak lain yang turut memberi sumbangan untuk memasak bubur lambuk ini," katanya.

Beliau berkata, kos bagi menyediakan setiap periuk bubur lambuk ialah RM450 yang dapat menghasilkan 250 paket bubur.

Foto ihsan Kosmo.


Idris Shaari juga berkata, bagi individu yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di masjid itu mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM3,200 untuk 400 orang jemaah dengan menu terdiri daripada nasi briyani, ayam dan sebagainya.

Foto ihsan Kosmo.


Beliau berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, solat tarawih di masjid itu diimamkan oleh Sheikh Mohd Idris Mohd AL Mashraf, iaitu tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah.

Foto ihsan Kosmo.


"Masuk kali ini telah masuk tahun ke 14 beliau menjadi imam untuk solat tarawih di sini dan kita juga ada tiga orang imam di masjid ini yang hafiz al-Quran," katanya. - BERNAMA

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasjidKampungBarutambahbuburlambuk/Article/index_html

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran