TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 17 September 2010

M Rajoli meninggal dunia malam tadi.

Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Tarikh siaran: 18 September 2010.

Berita kematian M. Rajoli di akhbar.


AMPANG: Pelakon dan pelawak, Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, atau M Rajoli disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma di Hospital Ampang, jam 10.45 malam tadi.

Pelakon yang sering membawa watak ustaz dan ahli korporat itu, terlantar di hospital sejak dua hari lalu selepas mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditempatkan di wad pesakit dua jam kemudian. Keadaannya yang kritikal membuatkan dia bertarung dengan nyawa sejak ditahan di wad berkenaan.

Adik iparnya, Mohlis Mohd Din, M Rajoli yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian pelakon itu sambil memberitahu sebelum itu allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. “Sebelum inipun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. “Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air,” katanya.

M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70. Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23. Pelakon berasal daripada Pasir Mas, Kelantan membintangi ratusan drama dan filem antaranya Mekanik, Azura, Anaknya Sazali, Lang Buana, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Histeria. Dia cukup dikagumi menerusi lakonan dengan kebolehannya membawakan watak dengan berkesan.

Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MRajolimeninggalduniamalamtadi/Article

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum En Idris

Al Fatihah
moga Allahyarham diletakan dlm orang2 yg soleh oleh Allah

Wassalam

Idris Talu berkata...

En. Rozali,

Wa'alikumussalam wr wb,

Al Fatihah, semoga ruh Allahyarham dikumpulkan bersama ruh-ruh orang-orang yang solleh. Kita kehilangan seorang pelakun yang cukup berkebolehan.

Wassalam.

sonata anak kancil berkata...

Takziah kepada ahli keluarga - al-fatihah, semoga Allah swt menempatkan rohnya dalam kalangan golongan beriman

Aku Anak Pahang berkata...

Alfatihah dan salam takziah buat keluarga beliau.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran