Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/09/24
Bajet 2011 lebih tinggi
Oleh Azli Ayob
Kerajaan sedia peruntukan tambahan bagi pelaksanaan NKEA
JUMLAH peruntukan bagi Bajet 2011 yang akan dibentangkan pada 15 Oktober ini adalah lebih tinggi daripada RM191.5 bilion yang diperuntukkan dalam bajet tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh tahun depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan dalam Bajet 2011 itu bagi pelaksanaan inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang bermula tahun depan. Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif NKEA penting bagi menggerakkan ekonomi domestik kerana ekonomi global dijangka tumbuh pada kadar perlahan dalam separuh kedua tahun ini dan tahun depan yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Kita perlu menyediakan pembiayaan bagi menggerakkan pembabitan sektor swasta dalam NKEA bagi menangani pertumbuhan perlahan ekonomi global.
Kami percaya dengan adanya inisiatif NKEA ini, ia dapat membantu ekonomi Malaysia berkembang antara lima hingga enam peratus tahun depan, katanya.
Awal minggu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah bersesuaian bagi mengukuhkan ekonomi domestik dalam Bajet 2011 untuk mengelakkan ekonomi Malaysia menerima kesan negatif daripada kelembapan ekonomi di negara maju.
Langkah mengukuhkan ekonomi domestik itu katanya, perlu kerana sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada faktor luaran yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Ahmad Husni bagaimanapun menegaskan, beliau tidak menjangkakan peningkatan peruntukan terlalu tinggi dalam Bajet 2011 kerana sebahagian kos melaksanakan inisiatif NKEA mengikut perbelanjaan pembangunan.
Bagaimanapun, mana-mana peruntukan NKEA dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang menyentuh kos operasi, ia akan diumumkan dalam Bajet 2011. Ia akan menjadi kos tambahan kepada peruntukan operasi kerajaan tahun depan, katanya selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dengan Universiti Terbuka Malaysia, PNB Investment Institute, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional yang dilantik sebagai penyedia pendidikan kepada majlis perancangan kewangan itu.
Mengulas mengenai segelintir yang meragui prospek kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), beliau berkata, mereka bersikap pesimis kerana ia adalah suatu inisiatif baru yang belum menampakkan hasil.
Namun beberapa perkumpulan asing yang saya temui menyatakan mereka amat tertarik dengan ETP. Saya yakin program itu akan membuahkan hasil memandangkan setakat ini daripada kira-kira 100 projek yang bakal dilaksanakan di bawah ETP itu, tujuh daripadanya akan dimulakan tahun depan.
Tujuh projek yang dilaksanakan itu akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi tahun depan, katanya.
NKEA akan menumpukan kepada pembangunan 12 sektor utama yang dikenal pasti mampu memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sebanyak 131 projek penggerak ekonomi (EPP) akan dimajukan di bawah ETP membabitkan perbelanjaan RM1.4 trilion.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2011lebihtinggi/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 24 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan