Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 21 September 2010.
Oleh DR. JASRI JAMAL
STATISTIK angka kematian disebabkan kemalangan jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap tidak memeranjatkan. Banyak nyawa melayang di jalan raya sebelum, semasa dan selepas perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Para penyelidik merumuskan faktor utama kemalangan adalah kerana sikap pemandu itu sendiri. Ini dibuktikan oleh pungutan suara yang dijalankan Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) yang menunjukkan 36.6 peratus responden memberitahu sikap pemandu memainkan peranan penting berbanding dengan faktor lain seperti keadaan jalan raya dan kelemahan penguat kuasaan undang-undang.
Malahan nama operasi yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa iaitu Ops Sikap adalah hasil daripada sikap dan tabiat rakyat Malaysia ketika di jalan raya. Islam merujuk sikap ini sebagai akhlak yang merujuk kepada hal dalaman jiwa manusia sehingga melahirkan peribadi yang baik atau buruk.
Lihatlah betapa gopohnya pemandu kita, memotong kenderaan lain dengan tergesa-gesa , tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, suka memandu laju walaupun telah diletakkan perkataan 'Awas', malas menggunakan lampu isyarat apabila ingin menukar lorong seolah-olah pemandu di belakang terpaksa membaca fikiran pemandu hadapan sama ada ingin menukar lorong, membelok atau sebagainya, suka memandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan sehingga tidak sempat memberhentikan kenderaan jika berlaku sesuatu di hadapan, suka memberhentikan kenderaan dalam keadaan mengejut walaupun lampu isyarat telah menunjukkan tanda merah di hadapan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, suka berlumba, suka mempamerkan kehebatan kenderaan yang telah diubah suai seolah-olah menjadi kereta lumba dan seribu lagi sikap negatif pemandu kita.
Semua tadi kembali kepada sikap pemandu kita iaitu warganegara Malaysia yang dikenali dengan sopan santun. Anehnya jika kita berjumpa pemandu yang bersikap liar dan buas di jalan raya, mereka sebenarnya adalah orang yang lemah lembut, menghormati orang lain, bertanggungjawab dan memiliki sikap positif yang lain.
Malangnya sikap baik itu berubah sebaliknya apabila mereka memandu. Kematian demi kematian di jalan raya seolah-olah tidak menggerunkan pengguna. Jika dilihat kadar kematian yang meningkat, sewajarnya kita kembali kepada semangat jihad bulan Ramadan yang mengajar kita sifat mahmudah, terpuji dan meninggalkan sifat keji terutama hubungan kita sesama pemandu yang berkongsi jalan raya.
Janganlah nanti pihak kerajaan terpaksa pula mengisytiharkan jalan raya sebagai musuh nombor satu negara apabila kadar kemalangan dan kematian meningkat setiap hari. Penulis ingin menarik perhatian pemandu beragama Islam bahawa Islam memandang berat terhadap kemalangan jalan raya ini.
Prof. Dr. Abdul Basir Mohammad, pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, ketika membentangkan kertas kerjanya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menegaskan perkara ini dengan berkata: "Setiap pengguna jalan raya mempunyai tugas berhati-hati bagi menjaga keselamatan untuk dirinya dan juga pengguna jalan raya lain."
Sewajarnya, pemandu kenderaan mengelakkan sebarang musibah dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan maut kepada dirinya atau ahli keluarganya.
Jika kita cuai dan tidak berhati-hati di jalan raya, salah satu kemungkinan yang boleh terjadi adalah terbunuh atau menyebabkan kematian orang lain. Malahan Islam meletakkan suatu tanggungan kepada mereka yang menyebabkan kemalangan dan kematian sama ada hukuman qisas (bunuh balas), diyyah (pampasan).
Justeru, pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka sebagai satu bentuk hukuman takzir seperti pemenjaraan, melarang mereka menggunakan jalan raya, lesen digantung, melakukan kerja kemasyarakatan atau apa-apa hukuman yang difikirkan sesuai.
Ia juga bererti bahawa adab di jalan raya kepada semua pengguna adalah sikap berjaga-jaga (duty of care). Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini akan mengakibatkan darar, kemudaratan kepada pengguna lain. Oleh itu, mereka perlu dikenakan hukuman takzir oleh pemerintah dengan menghalang mereka daripada menggunakan jalan raya demi kemaslahatan awam.
Penulis ingin mengajak semua pemandu jalan raya di Malaysia agar memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa. Sedarlah bahawa pemandu lain juga mempunyai hak yang sama di jalan raya seperti anda. Elakkan kemalangan kerana yang rugi pasti diri dan ahli keluarga sendiri. Jika anda rela berhabisan ratusan ringgit untuk menjaga kenderaan anda supaya kelihatan tip top, maka kita perlu pemikiran juga mesti tip top semasa memandu.
Gunakanlah semua peralatan kenderaan anda seperti signal ketika ingin membelok supaya kita akan menjadi world class mentality ketika di jalan raya seperti rakan pemandu kita di negara-negara maju lain. Mungkin sudah tiba masanya juga, para khatib Jumaat di mimbar-mimbar masjid memperingatkan semua pengguna jalan raya beragama Islam mengenai etika pemanduan.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dengan menilai kembali sistem jalan raya kita yang kadang-kadang mengelirukan pemandu terutamanya di susur keluar masuk simpang, tanda nama jalan, garisan yang keliru, keadaan jalan raya yang menyedihkan dan lain-lain perkara yang telah banyak diutarakan oleh pelbagai pihak.
Selain itu, pihak lain yang terlibat ketika kerja-kerja pembaikan jalan raya perlu meletakkan tanda yang mereka sedang melakukan kerja-kerja pembaikan.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan