Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/09/09
HARI ini umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri mengikut suasana, persekitaran dan taraf hidup masing-masing. Di Malaysia, ketibaan 1 Syawal disambut dengan meriah bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya turut diraikan oleh rakyat berbilang kaum yang bukan beragama Islam dengan berkunjung ke rumah kenalan atau jiran beragama Islam.
Sejak negara merdeka, belum pernah sekali pun hari raya di negara ini disambut dalam suasana muram. Suasana beginilah yang perlu dipertahankan. Seperti tradisi, pada setiap hari raya, umat Islam yang berhijrah pulang ke kampung menemui saudara mara. Bagi yang berkemampuan mereka menghulur duit raya kepada anak buah, malah anak-anak siapa saja sekadar mampu, selain saudara-mara. Ini adalah manifestasi daripada kemakmuran hidup di negara ini.
Pada hari yang mulia ini jugalah setiap umat Islam memohon kemaafan sesama sendiri kerana sedar tidak ada seorang pun yang tidak pernah melakukan kesalahan sesama manusia. Ungkapan maaf zahir batin dilafazkan bagi memperakukan tekad setiap manusia perlu bebas daripada dosa. Suami isteri bermaaf-maafan dan saling mengampuni.
Anak-anak pula memohon ampun daripada ibu bapa masing-masing. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, siapalah manusia biasa dibandingkan dengan Rasulullah. Ini seharusnya membuka seluas-luasnya pintu kesedaran untuk menerima dan memaafkan sesiapa saja tanpa sekatan darjat, fahaman politik dan status sosioekonomi. Aidilfitri adalah detik terbaik muhasabah diri dan melunturkan keegoan untuk memaafkan orang lain. Persengketaan tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Perdamaian akan memperkukuhkan lagi kesefahaman dan perhubungan, apatah lagi ketika umat Islam diasak pelbagai ujian.
Aidilfitri sudah menjadi sebahagian budaya rakyat Malaysia yang mana tetamu menikmati ketupat, rendang, serunding, sambal kacang, kuah lodeh dan lontong. Kemesraan, keakraban dan semangat perkongsian ini dipaparkan tanpa prejudis atau kepura-puraan. Suasana sebegini meriah dan harmonis, juga disebabkan wujudnya keamanan serta kemakmuran negara. Kebebasan dan keselamatan yang dinikmati turut mendorong rakyat lebih fokus membina kerjaya dan kehidupan.
Dengan kira-kira empat juta kenderaan penumpang berada di atas jalan sepanjang sambutan Aidilfitri ini membuktikan kemakmuran ekonomi rakyat dan keamanan membolehkan setiap orang bergerak ke mana-mana tanpa bimbang sebarang ancaman terhadap keselamatan diri dan keluarga. Berbanding umat Islam di Pakistan yang kini sengsara mengalami bencana banjir, rakyat Afghanistan yang diselubungi perangan saudara, minoriti Islam di selatan Thailand dibelenggu konflik mahupun warga Palestin yang dihambat kekejaman Israel sejak lebih separuh abad; kita tidak pernah pun sekelumit berasakan penderiaan sebenar mereka.
Sebaliknya, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi membolehkan kita menghulur bantuan kepada saudara seagama kita di seluruh dunia. Lantas, pupuk kesedaran dan keinsafan untuk berusaha mempertahankan perpaduan, keamanan serta kemakmuran di negara ini kerana kita sesungguhnya tidak mampu untuk mengalami atau mengulangi penderitaan mereka walau sesaat pun. Inilah yang harus kita renung dan hayati sempena Aidilfitri ini.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_KeharmoniankaumketikakemeriahanSyawalpatutdijadikanpanduan/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan