Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Tarikh siar: Ahad 12 September 2010.
Oleh: Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Tampak ceria dan gembira di riak wajah masyarakat Islam yang saya temui atau yang menemui serta mengunjungi saya di penghujung Ramadan dan lebaran yang membahagiakan sebagai anugerah Allah SWT kepada para hambanya. Barangkali, disebabkan kepuasan hasil jerih perih melaksanakan ibadat fardu dan sunat dalam kesempatan Ramadan al Mubarak.
Begitulah kenikmatan yang dikecapi bagi para mukminin yang Allah SWT serlahkan di dunia lagi dan dengan izin-Nya kenikmatan yang tidak dapat digambarkan oleh pancaindera manusia bakal menemui para hamba-Nya yang soleh.
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini juga, saya ingin mengambil peluang merafakkan doa ke hadrat Ilahi dan masih belum terlewat untuk saya mengungkapkan kalimah tahniah kepada semua umat Islam yang menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan ucapan Kullu ‘Am Wa Antum Bikhair.
Semoga ibadah yang kita laksanakan sepanjang bulan “penyucian jiwa” atau bulan tarbiah iaitu Ramadan Al-Mubarak akan diterima Allah SWT dan benar-benar membawa kita kepada fitrah azali bersama pengampunan dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasullullah SAW bersabda berkenaan hal ini berdasarkan riwayat Al-Imam Al-Bukhari:
Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran (mengharap reda Allah SWT), diampun baginya dosanya yang telah lalu”.
Harapannya, semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang diampunkan dosanya sejurus melangkah ke fasa Syawal yang diraikan oleh seluruh umat Islam.
Hari ini, sedari atau tidak kita sudah berada pada tanggal 3 Syawal. Ramadan baru sahaja meninggalkan kita dan kemanisan beribadah yang masih terpahat di dalam jiwa orang-orang mukmin.
Didikan Ramadan yang mendisiplinkan diri kita dari mula bangun bersahur sehinggalah hendak tidur semula, memberikan suatu pengisian yang sangat bermakna dalam menjalani kehidupan yang berkualiti. Alangkah indah kiranya kita dapat mengekalkan rutin harian seperti mana hari-hari Ramadan yang dilalui selama sebulan yang lalu.
Ramadan yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan fardu mahupun sunat seperti solat fardu berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau, bermurah hati dengan sedekah dan amal jariah, istiqamah dalam tilawah al-Quran dengan menyertai majlis-majlis tadarus, berqiamullail dan berbagai-bagai ibadah lain seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih, berselawat dan memperbanyakkan doa dapat kita teruskan di bulan-bulan yang akan datang.
Walaupun sudah tiga hari kira merayakan lebaran ini namun, kemeriahan Aidilfitri masih lagi dapat dirasakan. Barangkali sudah berbudaya dalam masyarakat kita, apabila bersusah payah selama sebulan, ia perlu diraikan selama sebulan juga untuk bergembira. Ramai di kalangan kita pada masa ini berebut-rebut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka, menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan serta saling berkunjung-kunjungan. Amalan ziarah menziarahi disemarakkan. Sememangnya budaya mulia ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita.
murni
Ini bertepatan dengan usaha-usaha murni menghidupkan sunah Rasullullah SAW iaitu amalan berziarah dan memberi makan. Jika pada waktu atau bulan-bulan yang lain, kita tidak berkesempatan kerana kesibukan dengan tugas mengurus rutin harian, sehingga ada yang tidak mengenali jiran tetangga, maka di kesempatan inilah kita mengambil peluang untuk menjalin semula keakraban bersama jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan.
Sesungguhnya inilah masa yang paling sesuai untuk kita menghubungkan kembali silaturahim. Mungkin sebelum ini timbul perselisihan, salah faham yang membawa kepada persengketaan. Maka di Aidilfitri yang penuh berkat ini, rebutlah peluang untuk mengeratkan dan menjernihkan semula hubungan yang kian pudar tersebut. Semoga roh atau semangat yang terhasil di bulan Syawal ini mampu melenyapkan keegoan jauh di lubuk hati seseorang.
Begitulah indahnya Islam mengajar kita, dalam melaksanakan tuntutan berziarah. Bukanlah juadah makanan yang diutamakan, akan tetapi hikmah di sebalik amalan ziarah tersebut. Manakala dihujung agenda ziarah pula, biasanya diakhiri dengan menghulurkan tangan berjabat salam di samping saling memohon kemaafan.
Islam mengajar kita melakukan sesuatu perkara secara bersederhana. Dalam keghairahan sesetengah kita meraikan lebaran dengan membuat jamuan Aidilfitri, janganlah sampai kita melakukan pembaziran. Ada yang sanggup mengeluarkan wang simpanan atau tabungan, semata-
mata mahu memenuhi kehendak nafsu berbelanja. Sesetengahnya pula, tidak berkemampuan tetapi sanggup berhutang semata-mata kerana ingin mengadakan jamuan Aidilfitri.
Mengadakan jamuan Aidilfitri tidaklah salah, bahkan digalakkan bagi mereka yang benar-benar berkemampuan, tetapi biarlah pada-pada dan tidak membawa kepada pembaziran kerana perkara tersebut dibenci oleh Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Israk ayat 26-27:
Yang bermaksud: Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.
Dalam kesibukan kita menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, namun janganlah dilupa untuk melaksanakan amalan yang sangat dituntut iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Ini dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Yang Bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
Besarnya pahala berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa setahun. Ini membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada baginda dan umat baginda. Maka seharusnya kita merebut peluang ini dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Saya menyeru umat Islam sekelian agar dapat melakukan anjakan pemikiran berkenaan amalan sunat ini. Alangkah ruginya kita, jika tidak dapat melaksanakannya sedangkan kita mengetahui akan fadilat serta kelebihannya yang amat besar yang mana peluang tersebut hanya datang setahun sekali.
Selain daripada balasan pahala yang dijanjikan Allah kepada kita, hikmah puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini diharapkan dapat menampung mana-mana kecacatan yang berlaku di dalam puasa Ramadan kita di samping dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Sesungguhnya tubuh badan yang sihat sahaja dapat menjamin kesempurnaan beribadah. Sekiranya mampu, berazamlah selepas melalui bulan Syawal ini, kita akan meneruskan amalan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis kerana inilah amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Saya tidak menafikan bahawa Ramadan telah berjaya melahirkan ramai individu yang soleh serta solehah, namun ia hanya setakat di peringkat perseorangan sahaja sedangkan di peringkat ummah sebenarnya masih belum mencapai tahap pembaikkan dan peradaban yang membanggakan.
Ummah masih jauh ke belakang jika dinilai dari sudut moral dan akhlak mereka. Ini dapat dilihat dengan pelbagai isu dan masalah yang memenuhi dada-dada akhbar saban hari. Justeru itu, dalam konteks keseluruhannya Ramadan yang datang dan pergi sebenarnya perlu dihayati oleh bukan segelintir mukminin dan mukminah sahaja, namun oleh semua lapisan masyarakat bagi menjamin survival ummah itu berlangsung dalam jangkamasa yang berpanjangan.
Kebiasaannya, kegembiraan Syawal akan diraikan bermula dengan takbir, tahmid dan bersolat hari raya memuji dan mensyukuri nikmat Allah SWT. Kesemua lapisan ummah melaksanakannya tanpa batas dan sempadan. Bersatu mengungkap ungkapan takbir, berpadu jiwa dan tenaga melafazkan tahmid dan bersama-sama mengangkat takbir bersolat menghadap wajah kepada Ilahi tanpa merasakan adanya perbezaan dan jurang tingkatan hidup, ideologi, kepartian mahupun pendirian. Bahagialah ummah ini andainya akhlak ini dipraktikkan di “luar gelanggang” ibadat mereka. Saya masih tertanya-tanya apakah yang menghalang masyarakat Islam di bumi bertuah ini bersatu dan berpadu sedangkan kesemua urusan agama mendesak mereka melakukan yang demikian.
Doa saya agar Syawal kali ini akan menggerakkan lagi usaha kita ke arah usaha murni ini serta ianya tidak dilakukan oleh segelintir sahaja malah perlulah dipikul oleh seramai mungkin individu terutamanya para pemimpin. Semoga masyarakat Islam memperoleh hasil yang bermanfaat akibat dari keprihatinan pemimpin Islam terhadap nasib anak bangsa mereka sendiri.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 12 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan