TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 25 Januari 2010

Buah Beka di Jalan Pahang, Tapah

By Idris Ismail Talu

Buah beka, kadang-kadang disebut bonglai – yang juga dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian trumpet flower, midnight horror, atau oroxylum – banyak diperolehi kawasan kampong dan hutan sekunder di Semenanjung kita ini.

Dijadikan bahan antibiotic semula jadi oleh masyarakat Melayu dahulu dan juga oleh Orang Asli. Sekarang, orang mulai lupa dengan antibiotik semula jadi yang Tuhan berikan, kita cari antibiotik di farmasi - diperbuat dari apa? Wallahuaklam bissawab!

Gambar yang penulis ambil ini di pinggir jalan raya Tapah ke Ringlet (Cameron Highlands). Orang Asli pun sudah moden sekarang, tak makan buah beka lagi.





©idrisismailtalu@2010

5 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Salam tnhj.

Ya saya ingat buah itu. di sini disebut bolai saja ( pelat org Lepih ) tapi tak ingat kegunaannya.

Wah! Kuala Woh yang indah. Cantik dan menawan. Kalau usia ini boleh dikebelakangkan semula sebnnyak 40 tahun, aduh! lidoh keh kelu, weh...

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam Tuan Haji,

Kuala Woh memang cantik, masa saya berkhidmat di Cameron Highlands dari tahun 1980 hingga 1982, tempat itu panas dan lapang, tidak banyak pokok.

Kini dah redup cantik, jalan tar dibina di setiap ceruk. Chalet pun mencukupi. kalau tak cukup, tapak berkhemah banyak disediakan.

Fasa buah bolai tu, buah yang muda (masih lembut) dilayukan atas bara api sampai menggelupas kulitnya, macam kita layukan ikan tilan atas bara.

Kupas buang kulit yang terbakar tu, potong pendek-pendek, gaulkan dengan rencah kerabu yang pakai keresek - bukan macam nasik kerabu orang Kelantan tu.

Rasanya agak pahit, tapi sedap. Buah bolai muda tu sebiji harganya RM3 - di Ipoh.

Pengembara silam, berkata...

Aji..Ni buah bolai.Celur pun sodap,cicah dgn sambal belacan..pehh.. Tapi skrg ni org dah tak peduli mende-mende begini...

Idris Talu berkata...

PS - di Perak ada yang sebut 'beka" ada yang sebut "bonglai". Di Pahang sah "bolai".

Sebenonye, pucuk mudanya pun boleh dimakan, celur atau layukan di bara api, lepas tu cicah dengan sambal asam campor ikan baung bakar. Meleleh air liur.

Terima kasih.

lina berkata...

Kelantan panggil beka. Selalunya buahnya buat kerabu. Kdg2 di campur dgn pucuknya. Pucuknya tu buat ulam mentah cicah sambal tempoyak atau budu , fuuhhhhh, mmg best sgt.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran