TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 5 Januari 2010

Perjalanan Suci Bahagian Ke - XXXX

Madinah - Jeddah 1428H/2008
By Idris Talu


Selepas shalat Isya’ malam kesembilan kami berada di Madinah al Munawwarah, kami pun bersiap sedia untuk balik ke Malaysia semula melalui Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz Jeddah.

Beg-beg besar dan kecil termasuk beg yang “beranak” (maksudnya beg tambahan) kami susun di pintu bilik selepas diikat rapi. Penulis kurang pasti samada beg-beg itu kami yang bawa turun atau diangkut oleh pekerja Hotel al Haram, Madinah.

Beg – beg dibawa keatas bas dan diikat untuk perjalanan yang agak jauh, iaitu dari Madinah ke Jeddah – sekitar 500 kilometer.

Setelah semuanya siap teratur, kami pun bertolaklah secara konvoi dari Madinah ke Jeddah. Bila bas mulai bergerak, suasana sedih dan sayu menyelubungi semua jemaah. Masing-masing tidak mampu bersuara, air mata mula menitis. Sayu untuk meninggalkan kota Madinah yang cukup bermakna dalam dakwah Islam. Islam tersebar luas bermula dari kota ini.

Semasa majoriti penduduk Mekah menolak Islam, malah pernah berusaha membunuh Rasulullah صلى الله عليه و سلمuntuk menyekat perkembangan agama Islam, penduduk Madinah mempelawa Baginda صلى الله عليه و سلمuntuk berhijrah ke Madinah di samping memberikan perlindungan kepada Baginda صلى الله عليه و سلم . Dari Madinahlah agama Islam berkembang pesat ke seluruh alam ini.

Sayu untuk meninggalkan maqam Baginda Rasulullah صلى الله عليه و سلم , maqam-maqam sahabat-sahabatnya – Khalifah Abu Bakar Assyiddiq dan Khalifah Umar al Khattab, maqam-maqam ahli keluarga Baginda , para ulama, para pejuang Islam yang telah syahid mahu pun wafat biasa.

Sinar lampu Masjid Nabawi – masjid yang kedua yang Baginda Rasulluah صلى الله عليه و سلم bina di Madinah selepas Masjid Quba’- semakin jauh ditinggalkan. Dalam deraian air mata, hati kecil bertanya-tanya, bilakah pula aku boleh datang ke sini lagi. “Ya Allah, berikan kami peluang untuk datang lagi ke masjid di mana kekasihMu bersemadi ini!”

Semua penumpang sayu dan sedih melayan perasaan masing-masing. Penulis dan isteri tidak berkata apa-apa, sebab mata masing-masing sudah merah berair. Lama kelamaan, cahaya lampu kota Madinah jauh ditinggalkan di belakang kami. Penulis terasa juga mengantuk, tetapi seperti biasa dalam perjalanan berkenderaan, penulis mengelak dari tertidur.

Isteri penulis yang mudah penat, kadang terlajak juga ke “Bidor” maklumlah penat dan ada yang menjaganya. Kalau penulis tiada di sebelahnya, dia pun payah tidur juga. Biasa semasa di rumah, jika penulis keluar ke out station, salah seorang anak kami perlu temankannya tidur.

Setelah berhenti beberapa kali di pertengahan jalan, kami tiba awal waktu Subuh di wakaf Raja Abdul Aziz Ain Aziziyah di bandar Jeddah – bandar pelabuhan di Laut Merah itu. Selepas diberi taklimat ringkas, kami ke bilik yang disediakan untuk bergegas sembahyang Subuh berjemaah. Wakaf yang kami gunakan itu, konon ceritanya adalah bekas penjara. Hati penulis boleh menerima kenyatan itu kerana kebanyakan tiang, pintu dan perkakas bangunannya dibuat dari besi dan simen.

Oleh kerana kepenatan, penulis tidak merayau ke mana-mana di kota Jeddah ini. Kelihatannya banyak kedai yang ditutup – tidak kelihatan aktiviti perniagaan berlaku, entah kenapa ?

Proses menimbang luggage dilakukan hari ini, sebelum akan berangkat balik ke Malaysia malam nanti.




Wakaf Raja Abdul Aziz Ain Aziziyah di Jeddah.

Jemaah haji Malaysia berehat di wakaf tersebut.

Penulis (yang agak banyak turun berat badannya).

Pintu lift wakaf - masih dalam keadaan baik, walau pun lanjut usianya.

Faoto yang penulis ambil dari wakaf tersebut.

Bandar Jeddah kelihatan dari wakaf.

Entah macam mana kapal terbang tu tersangkut?

Kedai-kedai perniagaan bertutup sahaja.

Kalau tak tahu baca jawi, tak dapek den nolongnyo!

Bandar Jeddah.

Wak -e, atine wes neng Batu Pahat?

Penulis bersama Ustaz dari Batu Pahat dan rakan-rakan lainnya,

menunggu untuk berangkat ke lapangan terbang.

Isteri penulis bersama rakan-rakanya.



Sudah berada di lapangan terbang Jeddah.

Isteri penulis menunggu untuk pulang ke Malaysia.

Sahabat teman dari Batu Gajah, Perak.

Soghoban merah weh? Suka hati nak sampai ke Malaysia.

Jemaah wanita beratur untuk pemeriksaan.

Berdebar-debar nak balik, jumpa anak-anak dan cucu-cucunya.



©idristalu@2010

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran