Pokok tampoi merupakan sejenis tumbuhan yang nadir. Bilangan pokoknya semakin berkurangan dan petani kini jarang yang ingin menanamnya di dalam dusun masing-masing. Penulis memiliki dua batang pokok tampoi di kebun penulis di Lenggong.
Gambar ini penulis ambil di Lata Iskandar, Tapah.
Tampoi termasuk ke dalam kelompok diesius, di mana organ pembiakan jantan dan betinanya tidak terdapat pada pokok dan bunga yang sama. Anihnya, di kebun penulis tidak ada pokok jantannya. Kedua-dua pokok yang penulis tanam, berbuah lebat. Malah pernah patah dahannya kerana berat dengan buahnya.
Nama botani buah tampoi ialah Baccaurea macrocarpa. Di sesetengah tempat, tampoi disebut larah atau laghah.
Pokok tampoi yang betina mengeluarkan buah pada batang dan dahannya. Pada masa putiknya, buahnya berwarna coklat pekat, bertukar hijau dan apabila masak keperangan.
©idrisismailtalu@2010
2 ulasan:
sedapnye ... last beli masa turun dari cameron .. tu pun 5 ringgit dapat beberapa biji je .. tapi saizz agak besar juga lah .. dapat la merasa sorang sebiji
Orang Asli sudah pandai berniaga Jijah. Saya pernah tanya mereka, "Fasal harga tinggi?"
"Buah pun tinggi ....Enciiik!" Jawab dia. Betul jugak kan?
Buah tu pulak, tebal kulit dari isinya.
Catat Ulasan