Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak En. Bakri Saad, penulis bersama isteri dan dua orang anak pun bertolak balik ke Ipoh. Namun begitu, kami singgah dahulu di Pekan Sahari (Pekan Sari) di Kampung Changkat Jering.
Biasalah, penulis suka mencari sayur-sayur kampung, kuih-kuih yang lama tidak dirasa dan sebagainya. Ihsan dan Ikram jadi jurufoto keluarga Idris Talu. Kalau foto tidak elok, jagalah, jurufoto senior yang tidak bertauliah itu akan beri khutbah panjang tentang fotografi.
Jering muda - perfume no. 1 bilik mandi.
Petai segar - perfume no. 2 bilik mandi.
Cempedak kerdil - baka lama kut....
Cempedak kerdil lagi
Paling kiri - paku rawan, tengah - kaduk, kanan - pucuk paku.
Pisang emas cantik, RM2.50 sekilogram.
Satay pun ada dijual di Changkat Jering.
Ikan masin - nak beli tak boleh tawar.
Nak tawar, rendam dulu dalam air.
Penulis dan isteri melihat cara membuat kuih tradisi.
Kuih tradisi.
Lemang dan ketupat.
©idristalu@2010
2 ulasan:
Lebih kurang sama aje dengan pekan sari Benta, Dong dan Padang Tengku.
Lebihkurang macam itu lah Tuan Haji. Sebut fasal pekan sari Padang Tengku, kawan pernah belajar beniaga, bekawan dengan Boy, anak Benggali jaga bank HSBC di Lepih tu. Bai tu beli rumah dekat Bukit AVO di Sg Kerpan kalau tak silap kawan.
Memang rindu sungguh dengan Lepih, kantin keretapinya, kantin Ah Kow (ada lagi tak?), tunggu sampan bawak durian di tepi Jelai Street.
Court badminton tepi ibusawat Telekom tepi pagar Nurse Hostel, ramai kenkawan kawan yang kerja telekom, sangkut dengan nurse di situ.
Catat Ulasan