TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Buah Beka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Beka. Papar semua catatan

Isnin, 25 Januari 2010

Buah Beka di Jalan Pahang, Tapah

By Idris Ismail Talu

Buah beka, kadang-kadang disebut bonglai – yang juga dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian trumpet flower, midnight horror, atau oroxylum – banyak diperolehi kawasan kampong dan hutan sekunder di Semenanjung kita ini.

Dijadikan bahan antibiotic semula jadi oleh masyarakat Melayu dahulu dan juga oleh Orang Asli. Sekarang, orang mulai lupa dengan antibiotik semula jadi yang Tuhan berikan, kita cari antibiotik di farmasi - diperbuat dari apa? Wallahuaklam bissawab!

Gambar yang penulis ambil ini di pinggir jalan raya Tapah ke Ringlet (Cameron Highlands). Orang Asli pun sudah moden sekarang, tak makan buah beka lagi.





©idrisismailtalu@2010

Isnin, 31 Ogos 2009

Jumaat, 14 Ogos 2009

Beka

Pokok Buah Beka.

Kali ini ingin penulis ingin berkongsi pengetahuan tentang pokok beka yang banyak tumbuh di tepi sungai dan di dalam kebun di kebanyakan daerah dalam negara kita - Malaysia.

Di dalam kebun penulis di Lenggong pun ada se batang pokok beka, tetapi pokoknya cukup tinggi - sudah macam pokok balak di hutan.

Kalau di Lenggong, biasanya buah ini disebut buah beka, namun begitu ada juga yang menyebutnya sebagai buah bonglai.


Pokok beka dalam gambar di bawah, diambil oleh anak penulis di tepi rumah adik penulis, di Lenggong, Perak. Pokok ini sedang mengeluarkan bunga yang bakal menghasilkan buah yang berbentuk seperti parang besar.



Buahnya yang muda dan masih lembut cukup sedap dibuat kerabu – kerabu beka kata orang Lenggong. Rasanya agak pahit tetapi cukup menyelerakan.


Yang pastinya pokok dan daun beka bukan hanya digunakan sebagai bahan perubatan oleh orang Lenggong sahaja, tetapi ianya juga telah digunakan oleh orang Cina dan orang India sebagai bahan perubatan herba mereka.


Rupa pucuk beka atau bonglai yang masih muda – cukup enak dibuat ulam:


Pokok bonglai ini agak multi-purpose plant jugak. Kalau wanita baru lepas bersalin, daunnya yang agak tua, digunakan sebagai lapik batu tungku untuk bertungku - zaman wanita masih bertungku dahululah, sekarang agak payah nak jumpa orang bertungku lagi.

Sementara daun pucuk mudanya yang lembut digunakan sebagai ulam, samada direbus dahulu atau hanya dilayukan di atas bara di dapur kayu (masih ada lagikah yang menggunakan dapur kayu?). Cicah dengan sambal bercampur ikan bakar memang kegemaran orang kampong sejak dahulu.


Kulit kayunya digunakan sebagai ubat demam dengan cara merebusnya terlebih dahulu. Orang sekarang, bila demam ambik paractemol dengan antibiotic sahaja. Kulit kayu beka merupakan antibiotic semula jadi.

Di India, beka dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian trumpet flower, midnight horror, atau oroxylum.



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran