Dari Ruangan “Bisik Bisik Mingguan"
Oleh: Awang Selamat.
Tarikh: 22 August 2010.
KENYATAAN Mufti Perak, Tan Seri Dr. Harussani Zakaria tentang ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan, mengundang perhatian besar.
Beliau yang mempunyai bukti mengenainya mendakwa, perlembagaan baru itu menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Pendedahan Harussani berhubung perkara itu dianggap mengejutkan tetapi Awang sedikitpun tidak terkejut.
Awang pernah menulis dalam ruangan ini tahun lalu tentang usaha untuk menulis perlembagaan oleh parti politik tertentu. Ia dipercayai ada kaitan dengan persiapan untuk membawa Malaysia akhirnya menjadi negara republik. Selagi perlembagaan tidak ditulis semula, selagi itu sukar untuk merungkai asas kenegaraan, bagi mengikut acuan gagasan parti pembangkang berkenaan.
Tulisan Awang telah mengundang tindak balas pihak berkenaan yang membuat laporan polis mengenainya. Ketika diambil keterangan oleh pegawai polis, Awang tidak berganjak dengan pendirian dalam tulisan itu. Kini satu demi satu terdedah. Yang kuat tersemat sebagai perkara tersirat mulai terbongkar menjadi perkara tersurat. Kalau Harussani mempunyai bukti mengenainya, banyak pihak lagi juga sesungguhnya sudah dapat menghidu gerakan yang sedang dilakukan berkaitan perlembagaan.
Antaranya kempen penerangan yang agresif oleh NGO pro-pembangkang atas nama mengetahui hak dalam perlembagaan tetapi sebenarnya bertujuan mendapatkan input bagi menilai semula perlembagaan. Begitu juga isu-isu berkaitan perlembagaan yang diolah secara tersirat oleh beberapa pihak dan ghairah pula disiarkan oleh akhbar bahasa ibunda dan portal berita tertentu. Malah ada akhbar berbahasa Inggeris turut terikut dengan agenda yang sama. Jika tidak percaya, lakukanlah kajian kandungan akhbar edisi-edisi yang lepas dan amatilah secara tajam apa yang dibaca mulai sekarang.
Ini meliputi isu-isu berkaitan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu, kontrak sosial dan kepentingan institusi-institusi awam. Kalau dalam sebahagian blog, ia lebih ketara dengan diwarnai kempen dan sentimen Misi Ke Putrajaya iaitu bagi membantu parti sebuah kaum untuk memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. Institusi raja, Islam dan kedudukan istimewa Melayu yang terlindung di bawah Perlembagaan negara, diperlekehkan dan dihina. Awang melihat ini semua sebagai ancaman keselamatan dan bimbang akan tiba saat ledakannya.
Maka sebarang pencabulan terhadap Perlembagaan negara perlu ditentang habis-habisan. Kepentingan kaum yang keterlaluan dan berbahaya tidak seharusnya dibiarkan mengatasi keunggulan Perlembagaan. Banyak pemimpin kaum minoriti di luar negara begitu menjunjung perlembagaan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama misalnya, sejak di awal penglibatan dalam politik berikrar mempertahankan perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut. Di negara-negara lain juga senarionya begitu.
Maknanya, apa sekalipun aliran dan perbezaan ideologi di kalangan parti-parti politik, perlembagaan sesebuah negara perlu dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira agama mahupun etnik. Tetapi sebahagian pemimpin pembangkang di negara ini tidak begitu. Mereka terlalu rasis dengan berselindung di sebalik demokrasi, kebebasan bersuara dan kononnya atas nama penambahbaikan kaum.
Mainan muslihat untuk kaum mereka, begitu dahsyat. Lebih memburukkan keadaan, ada pemimpin pembangkang Melayu yang bersama-sama berkongsi aspirasi itu demi memburu kuasa. Pemimpin Melayu itu hanya berdiam sahaja apabila perlembagaan negara dijadikan sasaran. Siapa pun kita, kita harus menjadi warga negara yang taat dan setia kepada negara. Maka Awang cabar parti-parti pembangkang untuk menyatakan ikrar menjunjung sepenuhnya perlembagaan negara. Jika berani dan bertanggungjawab, sahutlah.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 22 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Tarikh siar: 2011/07/01 SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan penutupan stesen kereta api KTM Berhad di Tanjong ...
-
By Idris Ismail Talu. Hulu Sungai Gopeng merupakan suatu lokasi menarik untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana sungainya yang jerni...
-
23/08/2011 IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul...
-
KERJASAMA bersejarah di antara Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) sudahpun termeterai. Bagaimanapun, kerjasama t...
-
By Idris Ismail Talu. Juadah untuk berbuka puasa biasanya terdiri dari penganan atau kuih yang agak lembut, mudah untuk dikunyah dan dih...
-
إ دريس تالو Idris Talu Baru-baru ini, penulis telah sempat mengikuti rombongan OUM Perak mengunjungi OUM Sabah dalam salah satu aktivi...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan