Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Oleh Hazirah Che Sab, zeehan@bharian.com.my
Tarikh: 2010/08/08
Kurma Nabi atau Ajwa paling popular dengan harganya cecah RM120 sekilogram
KEINDAHAN Ramadan seolah-olah tidak lengkap tanpa buah tamar atau kurma sebagai hidangan wajib berbuka puasa. Tidak hairanlah, di mana-mana saja - baik di pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kurma adalah jualan wajib yang pasti menggamit pembeli.
Biarpun sekadar dua atau tiga biji, kehadirannya di celah pelbagai juadah, membawa keberkatan yang bukan sedikit kerana kurma turut menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk berbuka. Selain kebaikannya pada kesihatan dan keberkatan berbuka puasa dengan tamar sebagai mengikut Sunnah Rasulullah, tidak banyak yang diketahui mengenai asal usul kurma atau nama saintifiknya, Phoenix dactylifera L.
Pohon kurma juga adalah antara pokok buah tertua di dunia dan turut dilabelkan ‘pohon kehidupan.’ Bilangan pokok kurma, seperti dilaporkan media Arab, dianggarkan berjumlah 105 juta di seluruh dunia yang meliputi kawasan seluas 800,000 hektar, dengan 62 juta boleh ditemui di dunia Arab.
Bagaimanapun, tempat asal pokok kurma tidak dapat dipastikan. Sebahagiannya mendakwa ia berasal dari Babel, Iraq manakala sebahagian lagi percaya ia berasal dari Dareen atau Hoff di Arab Saudi atau Harqan, sebuah pulau di Teluk Arab di Bahrain.
Seperkara menarik mengenai pohon kurma ialah ia mempunyai jantan dan betina. Kurma betina selalunya mula berbuah dalam masa lima tahun selepas ditanam. Pokok kurma yang boleh hidup sehingga 150 tahun, adalah tanaman tradisional yang penting di Iraq, Arab Saudi dan Afrika Utara sehingga ke Maghribi dan disebut di dalam al-Quran. Di negara Islam, kurma dan susu adalah hidangan wajib ketika berbuka puasa.
Pokok kurma adalah komponen penting sistem pertanian di wilayah kering dan separuh kering, serta boleh dikeluarkan dalam unit kebun kecil atau penanaman komersil besar-besaran.
Kebaikan utama pokok itu ialah tahan lasak, tidak banyak menggunakan air, produktiviti jangka panjang dan kualiti yang serba guna.
Buahnya pula sedap dan manis. Selain mengeluarkan buah, produk lain yang bernilai seperti bahan pembinaan dan bahan untuk kraftangan boleh didapati daripada daun dan pelepah pohon itu.
Pohon kurma adalah antara elemen asas flora di rantau Arab dan membekalkan 1.4 juta tan daun kurma setahun. Apa yang menarik, pohon kurma bukan sekadar menjadi penyumbang ekonomi petani, tetapi turut membantu pembentukan suhu yang stabil dalam ekosistem oasis.
Itu latar belakang ringkas mengenai buah wajib Ramadan ini. Tetapi tahukah anda yang mana satu paling popular, termasuk di kalangan rakyat tempatan?
Pengarah syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn Bhd, Mohamed Meera Sahib Mohamed Noordeen, berkata kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma Nabi adalah paling popular dan paling mahal kerana kedudukannya sebagai kegemaran Rasulullah.
Malah, syarikat pengimport dan pembekal kurma yang terletak di Pulau Pinang itu, tidak menang tangan menerima banyak pesanan buah kurma berkenaan, terutama ketika Ramadan.
“Kurma Ajwa mempunyai nilai tersendiri yang menjadikannya paling popular. Secara borong, ia berharga antara RM80 dan RM85 sekilogram manakala harga runcitnya pula boleh mencecah sehingga RM120 sekilogram.
“Selain kehebatannya sebagai kurma Nabi, Ajwa juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri seperti saiznya yang sederhana, kedutan lebih banyak daripada buah lain.
“Malah, dikatakan juga, jika dilihat betul-betul kedutan itu membentuk nama Allah,” katanya.
Syarikat yang menerima bekalan kurma dari Mesir, Tunisia, Iran, Jordan, Oman, Arab Saudi dan Pakistan, itu turut mengendalikan pelbagai jenis lain kurma seperti Deglet Nour dan Mozafati (kurma madu) dari Iran; Ajwa, Safawi and Mabroom (Arab Saudi); Medjoul dan Barhi dari Jordan.
Menurut Mohamed Meera, kurma bertangkai Tunisia juga antara yang popular di kalangan rakyat Malaysia kerana rasa manisnya yang semula jadi.
INFO: Kebaikan kurma
•Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik.
* Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.
•Satu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa.
•Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.
•Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.
•Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelengkapRamadan/Article/index
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 18 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan