TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 9 Oktober 2011

Masjid Kucing, Kota Makkah

By Idris Ismail Talu.

Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat namanya dari nama asal masjid ini iaitu Masjid Abu Hurairah. Dikatakan juga bahawa nama Abu Hurairah ini pun diberikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya kerana kesukaan atau kegemaran sahabat baginda itu terhadap kucing.

Masjid Kucing, Makkah.

Masjid Kucing terletak kira-kira 150 meter sahaja dari kawasan lapang yang menjadi kawasan sembahyang yang berlantai seramik putih di tepi sebelah Utara Masjidil Haram. Kawasan seramik putih ini juga selalu menjadi kawasan penduduk Makkah memberi makan burung-burung merpati.

Kubah Masjid Kucing.

Bagi para jemaah haji dari Malaysia yang ramai menginap di Al Janadiriah di kawasan Al Suleimaniyah, Masjid Kucing ini terletak di laluan untuk pergi dan balik ke Masjidil Haram.

Seekor kucing yang penulis temui di Masjid Kucing.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran