Hentian Rehat dan Rawat, Bukit Gantang (Arah Utara) merupakan salah satu R & R di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan, terletak di antara Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan bekas ibu negeri Perak iaitu Taiping.
R & R Bukit Gantang ini sebenarnya tidak ada dalam perencanaan asal pembinaan Lebuhraya Utara Selatan. Sedangkan kawasan Bukit Gantang ini merupakan kawasan dusun-dusun durian dan buah-buahan tropika yang lainnya yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Mereka tidak mempunyai tempat untuk menjual hasil tanaman mereka.
Oleh itu, aktiviti penjualan durian dan buah-buahan lain yang dilakukan oleh pekebun-pekebun di kawasan ini di tepi Lebuhraya Utara Selatan ini menimbulkan masalah keselamatan yang kritikal. Oleh itu, R & R ini dibina untuk memudahkan penduduk tempatan menjual hasil pertanian mereka.
Pihak berkuasa sepatutnya menyedari faedah yang sepatutnya dinikmati bersama oleh penduduk tempatan dalam setiap projek pembangunan, bukan membiarkan penduduk terkulat-kulat melihat orang dari daerah lain yang menikmati hasil pembangunan di tempat mereka.
Kawasan berehat yang cukup bersih dan menarik.
Dusun di R & R Bukit Gantang.
Pohon-pohon durian yang cantik di R & R Bukit Gantang.
Dusun-dusun di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan
http://idristalu.blogspot.com/
Dusun di R & R Bukit Gantang.
Pohon-pohon durian yang cantik di R & R Bukit Gantang.
Dusun-dusun di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan
http://idristalu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan