TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 3 April 2011
Bank Rakyat tambah modal RM1b
Oleh AZMAN IBRAHIM, azman.ibrahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 April - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dibenarkan menaikkan modal berbayarnya sebanyak RM1 bilion lagi, sekali gus memberikan khabar gembira kepada lebih 800,000 ahlinya yang lama menunggu untuk menambah pelaburan mereka.
Bank koperasi Islam itu, pada bulan lepas memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayar kepada RM3 bilion, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata, dengan kebenaran itu, Bank Rakyat akan membuka peluang pelaburan kepada orang ramai terutamanya ahli untuk membeli saham pegangan dalam bank berkenaan mulai bulan depan.
''Peluang pelaburan ini bukan diberikan kepada semua orang tetapi sebaliknya diutamakan kepada koperasi-koperasi dan ahli-ahli setia Bank Rakyat,'' katanya selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dan Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan Bank Rakyat, bank koperasi terbesar di Malaysia, akan menaikkan modal berbayarnya dan pengumuman akan dibuat pada mesyuarat itu hari ini.
Peluang untuk menambah pelaburan dinanti-nantikan oleh ahlinya berikutan kejayaan bank koperasi itu membayar dividen secara konsisten sebanyak 15 peratus sejak 1999.
Mengulas pertanyaan pemberita, Ismail Sabri juga berkata, struktur jumlah pelaburan yang boleh ditambah oleh ahli bank tersebut sedang ditentukan.
Katanya, ahli-ahli baharu turut berpeluang membuat pelaburan itu tetapi terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan ia akan dibincangkan kemudian.
Ditanya tentang senarai menunggu mereka yang ingin membeli saham bank itu, Ismail Sabri berkata, setakat ini, nilai senarai menunggu bagi pembelian saham Bank Rakyat melebihi RM1 bilion.
Beliau berkata, sejumlah 40 peratus daripadanya merupakan bukan ahli dan majoritinya terdiri daripada ahli lama.
''Kami tidak akan dapat memenuhi sepenuhnya permohonan mereka, tetapi sebaliknya akan memberikan sedikit bahagian untuk mereka,'' kata Ismail Sabri lagi.
Sementara itu, Syed Jalaludin dalam ucapannya berkata, Bank Rakyat dijangka mencatatkan keuntungan sebelum cukai melebihi RM2 bilion pada tahun ini berbanding RM1.72 bilion.
Source: Mingguan Malaysia Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan