By Idris Ismail Talu. Menyambut musim durian setiap tahun, pihak pengurusan Lebuhraya Utara-Selatan tidak lupa mengadakan "Pesta Durian" sebagai menghargai sumbangan pengguna lebuhraya. Dengan kerjasama pengusaha dusun-dusun durian sekitar kawasan Bukit Gantang - telah mengadakan pesta ini pada tahun ini di Hentian Sebelah Bukit Gantang Arah Utara.
Kali ini pesta tersebut diadakan selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 haribulan April 2011.
Pembekal durian menghantar sejak awal pagi lagi, untuk "Pesta Durian" kali ini. Para pengunjung sedang menikmati "raja segala buah" iaitu buah durian.
Durian juga disediakan untk pembeli untuk dibawa pulang.
Ceramah berkaitan durian juga diadakan.
Pengacara "Pesta Durian" - Sdr Abdul Aziz dari RTM Perak memeriahkan lagi suasana pesta durian.
http://idristalu.blogspot.com/
3 ulasan:
Assalamualaikum Tn Hj Idri
bagus juga pesta sebegini
berapa bayaran atau syarat2 nyer
Wassalam
Wa'alaikumussalam Tuan Haji Rozali,
Biasanya bila musim durian di Bukit Gantang, rezeki pekebun durian di situ agak mewah, jadi dengan kerjasama PLUS, diadakan "Pesta Durian".
Bayarannya cukup berpatutan - RM9.90 seorang. Makanlah sebanyak mana yang kita larat makan. Nak bawak balik dijual dengan harga diskaun pulak.
Wassalam.
Pesta Durian ini diadakan selama dua hari saja, iaitu dari 9 hingga 10 April 2011.
Catat Ulasan