Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, Bahagian Analisa dan Penyelidikan Yadim
YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memperkukuhkan strategi dakwahnya melalui pembukaan satu lagi pejabat cawangannya di Taman Peringgit Jaya, Melaka, baru-baru ini.
Perasmian itu membawa erti yang amat besar kepada organisasi itu memandangkan Melaka mempunyai hubungan sejarah yang panjang mengenai sebuah empayar Melayu-Islam yang masyhur lebih 600 tahun lalu.
Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut hadir, Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir.
Sehingga kini, Yadim mempunyai pejabat di tujuh cawangan seluruh Malaysia termasuk dua cawangan iaitu di Jakarta dan Pekan Baru.
Dalam pada itu juga, Yadim baru-baru ini mengadakan majlis setahun Yadim Di Era baru bersama masyarakat.
Majlis pada 1 April di Pusat Latihan Yadim Sungai Semungkis Hulu Langat, Selangor itu dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Para hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian Orang Asli dari Pangsun, lagu nasyid oleh warga Yadim dan juga persembahan oleh Persatuan Orang Buta Malaysia.
Pada majlis itu, Mohd. Yusof Abas menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Yadim yang disampaikan oleha Zahid.
Sesuai dengan hasrat mendekatkan diri dengan masyarakat, program tersebut diadakan secara bergotong-royong terutamanya dalam penyajian makanan.
Tugas sebagai chef diserahkan kepada Ahmad Fitri Mahamad yang dibawa khas dari Pulau Pinang.
Beliau mengetuai kumpulan memasak nasi beriani berlaukkan daging kurma masak pedas, gulai kawah, air asam serta ulam-ulaman untuk sajian makanan 1,000 tetamu.
Keenakan masakan Fitri turut dinikmati oleh para pelajar di Syria dan Jordan semasa lawatan Yadim ke sana tahun lalu.
Bagi memperkasakan usaha dakwah, Yadim terus mengorak langkah dengan membangunkan rangkaian kerjasama dakwah sama ada melalui pertubuhan-pertubuhan dakwah ataupun orang perseorangan.
Ini sejajar dengan konteks yang ditegaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam hadis baginda iaitu: Sampaikanlah dariku walau satu ayat. (riwayat Bukhari)
Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik muslim ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain (sesama manusia)". (riwayat at-Tabrani)
Sejak dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim setahun lalu, Aziz Jamaludin tidak menoleh ke belakang dengan hanya puas dengan apa yang menjadi legasi sebelumnya.
Usaha dakwah masakini berhadapan dengan perubahan persekitaran masyarakat dan proses kemanusiaan yang lebih kompleks.
Perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan pelanggan lebih bersifat terpisah berbanding sebelumnya kental dengan gerak kerja kemasyarakatan.
Masyarakat kini lebih mempercayai input yang datangnya secara online tanpa menilai kadangkala kedatangan maklumat itu lebih berbentuk spam begitu juga dalam bidang dakwah.
Yadim cuba menjelajah isu yang semakin menghakiskan nilai-nilai kemasyarakatan dengan membina jambatan penyebaran maklumat melalui pendekatan engagement.
Antara langkah yang diambil adalah meneroka tempat-tempat yang mempunyai kumpulan masyarakat yang beragama Islam di beberapa negara ASEAN seperti Myanmar, Kemboja dan Selatan Thailand.
Kunjungan tersebut memberi nafas baru dalam hubungan dan kerjasama dakwah di mana mereka sama-sama bertukar-tukar fikiran dan membentuk kerjasama baru yang lebih akrab bukan sekadar menyampaikan bantuan kebajikan.
Yadim menawarkan beberapa bentuk bantuan termasuk membekalkan bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak peringkat prasekolah dan pendidikan asas bagi membolehkan mereka memahami konteks Islam yang sebenar, tanpa dicampuradukkan dengan nilai pinggiran yang cuba diasak dalam keyakinan penganut Islam.
Ringkasnya, dalam menyampaikan dakwah sepanjang tahun lalu, Yadim berjaya membentuk nilainya yang tersendiri sekali gus memberi nilai baru kepada legasi kepimpinan yang dinamik, responsif dan kondusif.
Pemanfaatan langkah tersebut menjadikan Yadim nampak semakin relevan dan mampu melaksanakan dakwah yang berkesan pada masa depan.
Hubungan baik
Sejak orientasi perubahan kaedah kerja dan penentuan matlamat yang jelas, yayasan ini mampu membina hubungan baik dengan pelbagai pihak.
Ia melalui mempromosikan nilai-nilai kehidupan bermasyarakat dan kasih sayang, dengan tidak meninggalkan kelompok minoriti seperti masyarakat Orang Asli dan Saudara Muslim.
Keupayaan ini memberikan imej yang segar mengenai nilai-nilai kehidupan antara pelbagai agama. Sebabnya, hubungan mesra yang sedia dipupuk sekian lama menjadi semakin kuat dan kental dari terus diancam gelora politik yang mencari laba dalam jangka masa pendek .
Kerjasama antara organisasi dalam dan luar negara terus diperhebatkan. Malah Yadim turut mempromosikan gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dalam setiap pertemuan, aktiviti yang diadakan.
Gagasan tersebut telah menjadi falsafah perjuangan negara yang ingin mengekalkan bentuk penyatuan kaum, kepercayaan dan keyakinan setiap orang mengenai agama, etnik dan budaya mereka melalui prinsip penerimaan dan persefahaman.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan