PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual mesra dengan Dr Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ketika menerima kunjungan Imam Besar Masjidil Haram itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.Apr 22, 2011 8:34 pm
Tarikh: 2011/04/22
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima kunjungan hormat Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, yang kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke negara ini bermula Isnin lalu.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah anak Imam Besar, Suhaib; Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mohamad Reda Abu Al-Hamayel; dan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Atallah.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kunjungan Imam Besar itu adalah satu pengiktirafan terhadap usaha kerajaan Malaysia bagi menegakkan Islam di negara ini. "Saya percaya kalau dia melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia.
"Keputusan dia datang itu dengan sendirinya adalah satu pengiktirafan atas apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia," katanya.
Najib berkata, dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, Abdul Rahman turut melahirkan penghargaannya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, selain mengagumi perkembangan dan dakwah Islamiah di negara ini.
Beliau berkata, Abdul Rahman turut menyatakan bahawa hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi amat mantap dan akrab, dan kedua-dua negara perlu terus bekerjasama demi kepentingan umat Islam.
"Beliau juga memuji tingkah laku jemaah haji Malaysia yang diharap akan jadi contoh kepada jemaah haji dari negara lain sebab kita menguruskan mereka dengan begitu tertib dan sopan," kata Najib.
Perdana Menteri berkata, Imam Besar itu menghargai Malaysia kerana menyanjungi usaha kerajaan Saudi dalam konteks menentukan kestabilan negara itu dan negara jirannya supaya Baitullah dan Masjid Nabawi terselamat dan tidak akan diganggu gugat dalam apa jua keadaan.
Abdul Rahman dijadual menyampaikan ceramah di Masjid Kg Baru Kuala Lumpur malam ini.
Esok, beliau akan menghadiri majlis perasmian seminar "Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah" di ibu negara, sebelum berlepas pulang pagi Ahad. – BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By MOHAMAD BAKRI DARUS This Malay delicacy is usually served at wedding feasts in Kedah. NOT many people are familiar with gulai batang pisa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan