TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 7 April 2011
Polis zaman darurat diberi penghormatan
KUALA LUMPUR 6 April - Rangka Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil (gambar), salah seorang mangsa pesawat tentera British yang terhempas sejak 61 tahun lalu telah disembahyang dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di Masjid Bukit Aman, pagi ini.
Mohammed, 25, semasa nahas pada 25 Ogos 1950 antara 12 penumpang pesawat Douglas C47B 35 DK Dakota C4 (KN630) yang terhempas dalam operasi membanteras kegiatan komunis di Gua Musang, Kelantan.
Allahyarham antara tiga mangsa yang berjaya dikenal pasti identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dua lagi adalah warga British dan kini tulang mereka ditempatkan di Muzium Markas Tentera Darat.
Kesemua rangka krew itu berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada 12 November 2008, setelah 58 tahun bersemadi di tengah hutan Gua Musang.
Pengarah Muzium Tentera Darat, Lt. Kol. Norhayati Mansor berkata, satu lagi siri saringan DNA akan dilakukan bulan ini atau September bagi mengenal pasti identiti sembilan lagi krew pesawat yang turut terbunuh dalam nahas tersebut.
Katanya, kesemua 12 mangsa nahas itu ialah tiga juruterbang dan lima tentera British serta empat lagi iaitu Allahyarham Mohammed dan tiga orang awam, Yaakob Mamat; penunjuk arah, Asip Ali Serdah (Orang Asli) dan A. Rantse (pegawai tanah).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menobat Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Treh, Muar, Johor, sebagai Wira Negara.
"Allahyarham adalah satu-satunya anggota polis yang terlibat dalam operasi itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rangka Allahyarham yang tersimpan di Muzium Angkatan Tentera sebelum itu diserahkan kepada PDRM dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di pekarangan Masjid Bukit Aman sebaik sahaja selesai disembahyangkan sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya.
Turut berada di majlis itu ialah salah seorang adik Allahyarham, Hamdan Abd. Jalil, 77. Allahyarham adalah anak keempat daripada sembilan beradik.
Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan