ARKIB : 03/03/2012
KUALA LUMPUR, 2 Mac — Proton Holdings Bhd. sudah memulakan rundingan awal dengan firma automotif Turki bagi memasang kereta Proton di Turki, dan memulakan usaha sama untuk membangunkan kereta Turki.
Rundingan lanjut hanya boleh dilakukan selepas Proton secara rasminya dijadikan syarikat persendirian oleh DRB-HICOM Bhd. lewat bulan ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga penasihat Proton.
"Ideanya pada peringkat awal mungkin memasang kereta Proton di sana, dan akhirnya membangunkan kereta Turki menerusi usaha sama.
"Pada masa ini kedua-dua pihak sudah memulakan rundingan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Malaysia mengeksport kereta Proton ke Turki, namun dihentikan berikutan masalah tertentu.
"Apabila kita mendapat rakan yang baik selain usaha sama, Malaysia juga sepatutnya dapat mengeksport lebih banyak kereta Proton ke Turki," katanya.
Industri automotif di Turki memain peranan penting dalam sektor pembuatan dalam ekonomi Turki.
Pada 2008, ia mengeluarkan 1.147 juta kenderaan, menduduki ranking sebagai pengeluar keenam terbesar di Eropah dan tempat ke-15 di dunia.
Antara pembuat kereta utama di Turki ialah ofas (Turk Otomobil Fabrikasi Anonim Sirketi) yang membangunkan model Fiat serta Oyak Renault Otomobil Fabrikalari.
Dr. Mahathir juga berkata cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Turki yang dijangka ditandatangani tahun ini, akan meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan ekonomi.
"Turki boleh menjadi hab berdasarkan kedudukannya. Ia dekat dengan negara Arab dan negara Asia Tengah.
"Oleh itu, dengan berada di Turki, kami mendapat akses ke negara lain di sekeliling Turki," katanya.
"Turki mempunyai penduduk seramai 70 juta, perkapita yang baik dan mempunyai kuasa beli yang baik. Saya yakin produk Turki akan mendapat pasaran yang baik di Malaysia," katanya.
Turki ialah negara yang terletak dalam dua benua - Eropah dan Asia.
Ia bersempadan dengan lapan negara iaitu Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq dan Syria.
— BERNAMA
Source: Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 4 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu. Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab, ramai yang terlupa atau tidak perasan bahawa tarikh hari ini iaitu 09-09-09. Ya hari...
-
By Idris Ismail Talu . Menyambut musim durian setiap tahun, pihak pengurusan Lebuhraya Utara-Selatan tidak lupa mengadakan "Pesta Duria...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Talu Will it become reality this year? ©IdrisTalu@2009
-
By Idris Ismail Talu. Putat merupakan tumbuhan liar yang boleh ditemui tumbuh di kawasan tanah pamah atau tanah datar, tanah berbukit teruta...
-
By Idris Ismail Talu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penduduk di Taman Sedia, Cameron Highlands untuk menambah pendapatan mereka. Ra...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan