ادريس اسماعيل تالو
Idris Ismail Talu
Catatan jurnalistik ini merupakan tulisan-tulisan Ustadz Zulharbi yang berkaitan dengan Krisis Teluk yang telah diterbitkan di pelbagai media. Penulis ini bertuah kerana beliau mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Arab.
Beliau mendapat pendidikan menengah di Madrasah Sumatera Thawalib dan Kuliyah Diyanah Parabek di Bukit Tinggi. Ustadz Zulharbi kemudiannya melanjutkkan pelajarannya di Universiti Islam Madinah, sebelum menyambungkan kuliahnya di Universiti Al Azhar Kahirah, Mesir.
Semasa Krisis Teluk sedang membara, Ustadz Zulharbi berkhidmat sebagai seorang anggota Bahagian Penerangan di Kedutaan Indonesia di Riyadh, Arab Saudi. Oleh kerana itu, beliau mempunyai pelbagai sumber maklumat tentang krisis tersebut.
Melalui buku ini, Ustadz Zulharbi Salim telah Berjaya mempersembahkan kepada pembaca beliau, betapa bersimpang-siurnya masalah-masalah asas di negara-negara di kawasan Asia Barat ini.
Di negara-negara yang dikatakan terjadinya cerita “1,001 Satu Malam ini, mereka memiliki lebih dari 1,001 macam masalah yang sukar dan kronik. Ustadz Zulharbi berjaya menceriterakan kesukaran negara-negara di rantau ini untuk berdamai, jauh sekali untuk bersatu tenaga dan bekerjasama.
Penulis juga berjaya memaparkan kepada kita tentang pengalaman-pengalaman yang beliau tempuhi selama berada di rantau Asia Barat ini, dengan amat baik sekali.
Melalui buku ini juga, kita dapat melihat bagaimana musuh-musuh umat Islam telah memperkotakkatikkan ummah demi memenuhi rencana besar (grand design) mereka. Kepada umat Islam secara umumnya, dan kepada umat Arab khususnya, suasana atau keadaan mereka ini bolehlah kita umpamakan sebagai “Kalah jadi abu, menag jadi arang” dalam “Krisis Teluk” yang berlarutan hingga kini yang belum berakhir lagi. Yang berjaya “menangguk di air yang keruh” ialah musuh-musuh umat Arab dan umat Islam.
Keberadaan Ustadz Zulharbi di rantau yang terus bergolak ini, memberikan beliau kelebihan dalam memaparkan suasana sebenar yang mungkin belum diketahui ramai. Lenggok gaya penceritaan seorang wartawan, mempermudahkan lagi para pembaca mengikuti dan memahami cerita sebenar di wilayah bergolak ini.
Buku “Krisis Teluk” ini amat menarik dan sesuai dibaca oleh mereka yang dahagakan maklumat dari Asia Barat, baik di kalangan pembaca dewasa mahu pun dari kalangan pelajar.
Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Yayasan Wakaf Pondok Pesantren Modern Al Harbi dan GRE Publishing Yogyakarta.
Pondok Pesantren Modern Al Harbi ditubuhkan oleh Ustadz Zulharbi bersama rakan-rakan beliau untuk membantu memberikan pendidikan dan ilmu kepada golongan yang memerlukannya di Pabalutan, Sumatera Barat.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu. Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab, ramai yang terlupa atau tidak perasan bahawa tarikh hari ini iaitu 09-09-09. Ya hari...
-
By Idris Ismail Talu . Menyambut musim durian setiap tahun, pihak pengurusan Lebuhraya Utara-Selatan tidak lupa mengadakan "Pesta Duria...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Talu Will it become reality this year? ©IdrisTalu@2009
-
By Idris Ismail Talu. Putat merupakan tumbuhan liar yang boleh ditemui tumbuh di kawasan tanah pamah atau tanah datar, tanah berbukit teruta...
-
By Idris Ismail Talu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penduduk di Taman Sedia, Cameron Highlands untuk menambah pendapatan mereka. Ra...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan