TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 19 Januari 2012

Menteri dan timbalan menteri berbeza pandangan

Oleh Johari Ibrahim dan Haika Khazi, bhnews@bharian.com.my
2012/01/20
Tak perlu isytihar harta jika tiada isu, boleh bahaya individu serta keluarga

PUTRAJAYA: Menteri dan timbalan menteri berbeza pandangan mengenai saranan supaya salinan dokumen perisytiharan harta mereka dan keluarga terdekat turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan integriti kerajaan seperti dicadangkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tidak perlu dokumen berkenaan diserahkan kepada SPRM jika tiada isu untuk siasatan. “Tidak perlu (serah kepada SPRM), kita hanya beri kepada Perdana Menteri. SPRM akan menyiasat jika ada sesuatu luar biasa, bukan tugas kami melaporkan (harta) kepada SPRM.

“Mengapa kita perlu menganggap ahli politik terbabit dengan rasuah...integriti penting bagi ahli politik, kita masuk bertanding pilihan raya, tentu kita menjaga nama baik, tidak mahu terbabit rasuah, kenapa perlu adakan permintaan terlalu ketat kepada ahli politik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan perkara itu.

Nazri juga tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya menteri dan timbalan mendedahkan perisytiharan harta kepada umum kerana ia boleh membahayakan keselamatan individu berkenaan serta keluarga.

Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dalam akhbar semalam, berkata LPPR mencadangkan kerajaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat termasuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan dokumen perisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menyambut baik cadangan itu kerana mampu meningkatkan imej dan ketelusan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Naib Presiden Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata cadangan itu dapat memberi gambaran kepada rakyat kerajaan bersih daripada amalan rasuah.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelaksanaan cadangan itu tidak wujud sebarang keburukan.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran