TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 17 Jun 2010

Perpustakaan Minangkabau Penulis

By Idris Ismail Talu

Penulis mula membaca buku-buku yang berkaitan dengan Minangkabau sejak berumur enam belas tahun lagi. Novel Prof Dr Hamka yang pertama penulis baca ialah "Tenggelamnya Kapal van der Wijck" ini.


Nama buku: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1966.
ISBN: Tiada.

Penerangan mengenai buku ini:-

Menceriterakan kisah hidup seorang anak muda yang berayahkan orang Minangkabau yang berasal dari Batipuh X Kota di Padang Panjang, sedangkan ibunya orang Mengkasar asli.

Setelah kematian ibu dan ayahnya, kinginan untuk pulang ke tanah air ayahnya membawa pemuda itu menempuh pengalaman yang cukup membekas dalam hidupnya. Lebih meriah jika pembaca membaca kisah sebenar di dalam novel cinta ini.



Nama buku: Di Bawah Lindungan Ka’abah
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1969.
ISBN: - Tiada-

Sedikit penerangan mengenai buku ini:-

Novel kecil ini memaparkan hubungan cinta antara sepasang muda-mudi, bernama Abdul Hamid dan Zainab. Percintaan mereka teguh dengan tali keimanan kepada Allah, walau pun menempuh pelbagai halangan dan kesengsaraan.

Bacalah novel ini seterusnya novel “Di Bawah Lindungan Ka’abah” ini.


Nama buku: Kenang2-an Hidup Hamka.
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1966.
ISBN: - Tiada-.

Sedikit penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini memaparkan kisah peribadi Prof. Dr. Hamka sendiri. Allahyarham menulis sendiri riwayat hidupnya secara teliti, berterusterang, dan lengkap dimulakan dari tahun kelahirannya (1908) membawa kepada kisah perantauannya ke merata tempat di dunia ini.

Bahagian pertama buku ini mengisahkan cerita Allahyarham dari tahun kelahirannya sehingga tahun perkahwinannya 1929.

Bahagian kedua pula mengisahkan riwayatnya sebagai pengarang dalam tahun 1925 hingga membawa kepada zaman kejatuhan Belanda dalam tahun1942.

Sementara dalam bahagian ketiga pula menceriterakan kisah perjuangan bangsa Indonesia melancarkan revolusi untuk menegakkan kemerdekaan Republik Indonesia .

©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam Tuan..
entry ini sgt menggamit nostalgia

Alhamdulillah,saya telah membaca Di bawah lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck dgn ejaan lama koleksi bapa saya ketika remaja tahun 80an..Penuh pengajaran dan semangat..

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam PinatBate,

Betul tu, kedua-dua novel ini memang touching our heart. Yang penting dalam kedua-duanya, nilai kesopanan dan kesusilaan tetap dijaga tinggi.

Wassalam,
Idris Talu,
Ipoh.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran