Pokok Buah Beka.
Kali ini ingin penulis ingin berkongsi pengetahuan tentang pokok beka yang banyak tumbuh di tepi sungai dan di dalam kebun di kebanyakan daerah dalam negara kita - Malaysia.
Di dalam kebun penulis di Lenggong pun ada se batang pokok beka, tetapi pokoknya cukup tinggi - sudah macam pokok balak di hutan.
Kalau di Lenggong, biasanya buah ini disebut buah beka, namun begitu ada juga yang menyebutnya sebagai buah bonglai.
Pokok beka dalam gambar di bawah, diambil oleh anak penulis di tepi rumah adik penulis, di Lenggong, Perak. Pokok ini sedang mengeluarkan bunga yang bakal menghasilkan buah yang berbentuk seperti parang besar.
Buahnya yang muda dan masih lembut cukup sedap dibuat kerabu – kerabu beka kata orang Lenggong. Rasanya agak pahit tetapi cukup menyelerakan.
Yang pastinya pokok dan daun beka bukan hanya digunakan sebagai bahan perubatan oleh orang Lenggong sahaja, tetapi ianya juga telah digunakan oleh orang Cina dan orang India sebagai bahan perubatan herba mereka.
Rupa pucuk beka atau bonglai yang masih muda – cukup enak dibuat ulam:
Pokok bonglai ini agak multi-purpose plant jugak. Kalau wanita baru lepas bersalin, daunnya yang agak tua, digunakan sebagai lapik batu tungku untuk bertungku - zaman wanita masih bertungku dahululah, sekarang agak payah nak jumpa orang bertungku lagi.
Sementara daun pucuk mudanya yang lembut digunakan sebagai ulam, samada direbus dahulu atau hanya dilayukan di atas bara di dapur kayu (masih ada lagikah yang menggunakan dapur kayu?). Cicah dengan sambal bercampur ikan bakar memang kegemaran orang kampong sejak dahulu.
Kulit kayunya digunakan sebagai ubat demam dengan cara merebusnya terlebih dahulu. Orang sekarang, bila demam ambik paractemol dengan antibiotic sahaja. Kulit kayu beka merupakan antibiotic semula jadi.
Di India, beka dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian trumpet flower, midnight horror, atau oroxylum.
©IdrisTalu@2009
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 14 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Gunung Brinchang dilihat dari Kea Farm. Stesen pemancar Gunung Brinchang, terletak di puncak...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
-
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR khairul.nuar@utusan.com.my LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf seba...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
2 ulasan:
daun beka nie kalau di rebus buat air mandi masa tengah suam sangat bagus utk hilangkan panas dalam badan...kalah Eno tu...
saya dapat tahu baru-baru ini, daun beka boleh digunakan untuk melembut daging ... caranya rebus bersama daging ... insyallah daging akan lembut ... lepas tu barulah daging itu dibuat masakan seperti kari, masak kicap, rendang dsb ... selamat mencuba
Catat Ulasan