TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 28 Januari 2011
Siti Nurhaliza duta rumpun Melayu serantau?
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA, saharudin.musthafa@utusan.com.my
BANDUNG 28 Jan. - Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadang dilantik sebagai duta bagi memperkasakan rumpun Melayu serantau.
Cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami), M. Saiful Hadi Itu diharap dapat dilaksanakan segera kerana bangsa Melayu harus bangkit sebagai kuasa baru dunia.
Menurut beliau, Siti Nurhaliza merupakan individu terbaik untuk menggalas tugas itu berikutan personalitinya amat disenangi oleh semua pihak di negara serantau khususnya di Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia.
"Sejak permulaan kariernya sebagai anak seni, imej yang ditonjolkan oleh Siti Nurhaliza menawan hati banyak pihak. Lagu-lagu nyanyiannya pula cukup disenangi ramai.
"Siti Nurhaliza juga mempunyai pengaruh yang cukup besar di rantau ini, jadi beliau wajar diberi tanggungjawab itu," katanya pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia anjuran Iswami di sini hari ini.
M. Saiful yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia (Antara) memberi contoh penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pernah menjadi penghubung kepada keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia menerusi seni yang diperjuangkannya selama ini.
Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam reaksinya merakamkan penghargaan kepada Iswami kerana mencadangkan namanya sebagai duta rumpun Melayu.
Penyanyi yang cukup masyhur menerusi lagu Cindai itu memberitahu, beliau bersedia memberikan komitmen terhadap sebarang cadangan yang baik untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.
"Andai Iswami melihat saya boleh memainkan peranan memperkasakan bangsa Melayu, saya tentunya bersedia menerimanya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, penyanyi itu berkata, beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi merealisasikan idea pelaksanaan tugas itu.
Katanya, beliau seorang diri tidak mampu memikul tanggungjawab itu kerana rumpun Melayu mempunyai skop yang luas dan mencakupi banyak isu termasuk ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan.
Siti Nurhaliza mengakui, perkembangan kariernya sebagai anak seni selama 15 tahun banyak didokong oleh masyarakat Melayu serantau selain peminat daripada bangsa-bangsa lain juga.
"Semenjak terlibat dalam lapangan seni saya dapat melihat perubahan landskap sosial masyarakat Melayu.
"Justeru, seni seharusnya dijadikan sebagai instrumen penting oleh seluruh masyarakat serumpun untuk terus memperkasakan bangsa Melayu sehingga menjadi kuasa baru dunia," kata Siti yang turut mengambil peluang mempromosikan produk kecantikan yang diasaskannya, SimpySiti pada seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. – Utusan
Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
2 ulasan:
Tuan Haji,
Saya terpandang sepintas lalu melalui pembacaan, ada orang ragu-ragu dengan cadangan Siti Norhaliza (Datuk) dilantik sebagai duta memperkasakan rumpun melayu serantau.
Banyak lagi orang yang lebih layak berdasar kpd merit kelulusan dan penglaman.
Tuan Haji Hashim di Lepih serta rakan-rakan yang lain yang membaca blog kawan ni.
Kawan faham asas pendapat Tuan Haji.
Kemajuan sesuatu usaha besar bergantung besar kepada semua yang dipertanggungjawabkan - CEO pihak Malaysia, CEO pihak Indonesia, ahli-ahli jawatankuasanya, dan banyak pihak lagi di kedua-dua negara.
Datuk Siti sekadar sebagai duta untuk memudahkan dan memeriahkan acara disamping promosi yang baik dalam bisness. Potensi positif yang bakal disumbangkan oleh Datuk Siti insya Allah akan menambahkan lagi kerancakan budaya niaga di kalangan rakyat kita.
Kalau kita lihat tugas "duta-duta" di kalangan bintang film, penyanyi dan pengacara di kalangan kaum lain, kadang-kadang tugas hakiki mereka terus mereka tinggalkan kerana padang baru lebih hijau.
Semoga usahawan-usahawan kita terus berjaya dalam kerjaya mereka kerana mereka berperanan besar dalam tugas kita membina sebuah masyarakat perniagaan yang berjaya.
Wassalam.
Catat Ulasan